pawned auction balance | baki lelongan gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perbezaan harga lelongan barang gadaian daripada jumlah hutang, upah simpan dan kos lelongan. Sekiranya harga lelongan melebihi jumlah hutang dan kos yang berkaitan, syarak menghendaki supaya lebihan itu dikembalikan kepada penggadai. Sebaliknya amalan ini tidak dilaksanakan dalam perniagaan pajak gadai konvensional. Pegadai akan menyerahkan lebihan tersebut kepada baitulmal atau Amanah Raya Berhad jika tidak dituntut oleh penggadai selepas lima tahun. |
pawn auction notice | notis lelongan gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pemberitahuan kepada orang ramai bahawa lelongan barang gadaian akan diadakan. Makluman ini dilakukan oleh syarikat pelelong berlesen dengan menampal notis di tempat yang sesuai. Pemberitahuan lelongan ini akan memuatkan maklumat seperti jenis barang gadaian, tarikh dan lokasi lelongan serta sebut harga. |
fish auction | lelong ikan | Perikanan | Tiada | Proses menjual ikan kepada pembeli dengan cara lelongan di suatu tempat khas di pelabuhan perikanan. Lelongan dibuat dengan cara meletakkan satu harga asas untuk sesuatu jenis ikan dan jumlah ikan. Pembida yang memberikan harga tertinggi akan berjaya dalam lelongan tersebut. Proses lelongan boleh memastikan ikan sentiasa dijual kepada pedagang pada harga yang tinggi. |
pawn auctioner | pelelong gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu atau syarikat yang dilantik oleh pegadai untuk menjalankan kerja lelongan barang gadaian yang gagal ditebus oleh penggadai. Tugas pelelong termasuklah menyediakan notis lelongan gadaian, melakukan lelongan, menentukan pembida yang berjaya dan mendapatkan pembayaran yang akan diserahkan kepada pegadai. Pembida yang berjaya merupakan pihak yang menawarkan harga tawaran tertinggi. Pegadai akan membiayai kos pelelongan yang terlibat sebagai balasan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pelelong. |
pawn auction cost | kos lelongan gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perbelanjaan yang ditanggung oleh pegadai dalam proses lelongan barang gadaian. Perbelanjaan ini meliputi kos upah kepada syarikat pelelong berlesen dan kos pemberitahuan lelongan. Kos ini diambil kira dalam pelunasan pinjaman. |
pawn item auctioned | lelongan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Penjualan barang gadaian secara lelong apabila penggadai gagal menebus semula barang gadaian. Tindakan ini dilakukan selepas tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan diberikan kepada penggadai. Sebelum lelongan dilakukan, penggadai sebagai pemilik barang gadaian akan dihubungi dan dimaklumkan. Lelongan dilakukan oleh syarikat pelelong berlesen setelah notis lelongan dipaparkan untuk maklumat orang awam. |
pawn price excess | lebihan harga gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Harga barang gadaian yang dijual secara lelongan lebih tinggi daripada hasil tambah jumlah pinjaman, upah simpan dan kos lelongan gadaian. Oleh itu, lebihan ini akan dikembalikan kepada penggadai. |
pawn price shortfall | kekurangan harga gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Harga barang gadaian yang dijual secara lelongan yang lebih rendah daripada hasil tambah jumlah pinjaman, upah simpan dan kos lelongan gadaian. Oleh itu, kekurangan ini akan ditampung oleh penggadai untuk melunaskan hutang. |
pawn auctioneer | penangkap lelong gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembida yang berjaya mendapat barang gadaian yang dilelong semasa proses lelongan. Pembida atau penangkap lelong tidak boleh terdiri daripada penggadai dan ahli keluarganya serta orang yang muflis. Sekiranya perintah lelongan dilakukan oleh institusi, kakitangan institusi berkenaan dan ahli keluarga mereka tidak layak dipertimbangkan untuk menjadi pembida atau penangkap lelong. |
pawned auction form | borang lelongan gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Borang yang disediakan oleh pegadai dan perlu diisi oleh penangkap lelong sebagai tanda kejayaan dan persetujuan membeli barang gadaian yang dilelong. Selepas mengisi borang tersebut, penangkap lelong dikehendaki menyerahkannya kepada pegadai dan membayar 10% daripada harga jualan sebagai cengkeram atau wang pendahuluan. |