carbolic acid | asid karbolik | Kimia | Forensik | Formula kimia, C3H6O. Pepejal berhablur tanpa warna, larut sedikit dalam air, tetapi sangat larut dalam etanol. Asid karbolik dapat menghal ang dan membunuh kuman. Misalnya, larutan asid karbolik lemah (~ 1%) digunakan untuk membersih kan luka kecil atau untuk melegakan rasa gatal. Walau bagaimanapun, ia merupakan racun yang kuat kerana boleh terserap melalui kulit dan memusnahkan tisu. Jika teringes, ia boleh menekan saraf dan menyebab kan paru-paru dan pengaliran darah terhenti, serta boleh menyebabkan mati. Sinonim fenol. |
acidity constant | pemalar keasidan | Farmasi | Tiada | 1. Pemalar pengionan bagi asid lemah. 2. pKa. 3. Pemalar sigma bagi persamaan hammett. 4. Pemalar keseimbangan bagi pengionan asid lemah yang airnya termasuk sebagai bahan tindak balas, kepekatan ion hidro. |
danse (F) | tarian | Kesenian | Tiada | 1. Pergerakan badan yang lemah gemalai mengiringi muzik tertentu. 2. Lagu untuk tarian. |
invalid | orang cacat | Perubatan | Tiada | 1. Tidak sihat atau lemah.,2. Seseorang yang tidak berupaya kerana penyakit. |
hydrolysis | hidrolisis | Kimia | Biokimia | 1. Penguraian atau perubahan sesuatu zat kimia oleh air. 2. Tindak balas kation dengan air bagi menghasilkan bes lemah, atau tindak balas anion dengan air bagi menghasilkan asid lemah. |
سئ الحفظ | lemah ingatan/ sayyi’ al-ḥifẓi | Agama Islam | Hadith | 1. Perawi yang mengalami kelemahan daya ingatan sehingga boleh menjejaskan ketepatan riwayatnya. 2. lihat: فيه نظر |
catheresis | kateresis | Perubatan | Tiada | 1. Kelemahan yang disebabkan oleh ubat. 2. Tindakan yang lemah. |
Trendelenburg�s test | ujian Trendelenburg | Perubatan | Tiada | 1. Ujian yang dilakukan untuk mengesan sama ada pesakit mempunyai vena varikos atau injap vena yang lemah. Dalam ujian ini, kaki pesakit diangkat ke arah yang lebih tinggi dari jantungnya sehingga vena kakinya kekurangan darah, kemudian kakinya diturunkan dengan cepat. Ujian ini dianggap positif apabila vena terbonjol dengan cepat. |
K-meson | meson-K | Fizik | Moden | Empat meson pseudoskalar yang mempunyai jisim kira-kira 495 MeV dan mereput melalui saling tindakan yang lemah: K+,K-,Kso,dan K1o. Meson-meson ini terdiri daripada dua dublet spin isotop, dublet [K+, Ko] dan budlet antizarahnya [K-, Ko] yang masing-masing mempunyai hipercas atau keanehan +1 dan –1, dengan Kodan Ko adalah gabungan keadaan K1o dan Kso) kaon. |
caffeine | kafeina | Perubatan | Tiada | 1. Dadah alkoloid yang terdapat di dalam kopi dan teh yang mempunyai tindakan perangsang ke atas sistem saraf pusat dan merupakan diuretik yang lemah. |