centroid of composite body | sentroid jasad rencam | Mekanik | Gunaan | Pusat geometri bagi jasad yang terbentuk daripada lembaga-lembaga mudah. Lembaga-lembaga komponen itu boleh diambil kira sebagai unsur. Misalnya, untuk kes 2-D, jika sentroid bagi luas komponen yang ke-i ialah (), maka sentroid jasad rencam itu diberikan oleh ungkapan, (Rujuk m/s 174) dengan Ai sebagai luas yang ke-i dan A = Ai. Lihat juga sentroid. |
simple figure | lembaga mudah | Mekanik | Gunaan | Lembaga yang mempunyai bentuk piawai dengan sifat geometri dan sifat sifatekun yang mudah ditentukan. Contoh lembaga mudah yang kerap ditemui dalam analisis mekanik ialah segi empat tepat, bulatan, sfera, dan silinder. Untuk analisis, lembaga mudah tidak dileraikan menjadi lembaga-lembaga lomponen yang lebih mudah. |
composite figure | lembaga rencam | Mekanik | Gunaan | Lembaga yang terbentuk daripada gabungan lembaga mudah. Sifat geometri dan sifat sifatekun lembaga boleh didapati dengan menjumlahkan sifat lembaga komponennya tanpa perlu dihitung daripada prinsip pertama. |
Rural Board | Lembaga Kampung; Lembaga Luar bandar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
administrative adjudicatory body | badan adjudikasi pentadbiran | Undang-undang | Tiada | Badan selain mahkamah yang menghakimi sebarang kes berhubung dengan kesalahan pentadbiran, contohnya tribunal, lembaga tatatertib, lembaga siasata, dan sebagainya. |
Pardons Board | Lembaga Pengampunan | Undang-undang | Tiada | Lembaga yang ditubuhkan untuk mendengar rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan setelah proses kehakiman selesai. |
symmetry | simetri | Mekanik | Gunaan | Sifat lembaga atau struktur yang membuatkan lembaga atau struktur itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang sama bentuknya serta satu bahagian merupakan bayangan cermin bagi bahagian yang lagi satu [Rajah S5]. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 177 RAJAH S5 |
chairman of the board | pengerusi lembaga pengarah | Pentadbiran | Tiada | Orang yang mengetuai dan memimpin sesuatu lembaga pengarah. |
gastrula | gastrula | Perubatan | Tiada | Lembaga yang terbentuk selepas pembentukan blastula dalam perkembangan embrio. Lembaga ini terdiri daripada dua lapisan, iaitu ektoderma dan entoderma, pada peringkat awal; kedua-dua lapisan ini melipat ke dalam untuk membentuk suatu rongga yang dapat berhubung dengan sekitaran luar melalui blastofor. Pada peringkat kemudiannya satu lapisan sel mesoderma terbentuk di antara kedua-dua lapisan tadi. |
American Society of Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board) | Lembaga Akreditasi Makmal/ Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika | Sains Forensik | Tiada | Lembaga yang menjalankan kajian semula bagi memastikan jaminan kualiti makmal forensik menepati piawaian yang telah ditetapkan. Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia telah diakreditasi kepada ASCLD-LAB sejak 2005. Singkatan ASCLD/LAB. |