layer silicate | silikat lapisan | Geologi | Tiada | Sejenis struktur mineral silikat yang lembar-lembar ratanya terbentuk melalui perkongsian tiga daripada empat atom oksigen dalam setiap tetrahedron dengan tetrahedron berjiran. |
glacial theory | teori glasier | Geologi | Tiada | Teori bahawa hanyutan dimendapkan melalui tindakan glasier dan lembar-lembar ais yang bergerak dengan perlahan dari latitud yang lebih rendah sewaktu Epok Pleistosen. |
planar flow structure | struktur aliran menyatah | Geologi | Tiada | Struktur batuan igneus yang dicirikan oleh lembar-lembar tabular yang menunjukkan penstrataan, terbentuk oleh pengecutan sewaktu penyejukan. |
book structure | struktur buku | Geologi | Tiada | 1. Perselangan selari antara bidur atau serpihan batuan dengan kuarza di dalam telerang.,2. Struktur batuan yang terhasil dari perselangan selari antara lembar-lembar sabak dengan kuarza. |
eustatic change | perubahan eustatik | Geologi | Tiada | Perubahan aras laut di seluruh dunia yang berlaku serentak disebabkan oleh perubahan pada isi padu air laut yang terhasil sama ada dari peleburan lembar-lembar ais benua atau dari pembentukannya. |
flax fibre strand | lembar gentian flaks/lembar serat flaks | Kesenian | Tiada | Tiada |
leaflet | lembar maklumat | Komunikasi | Korporat | Helaian kertas atau buku kecil yang diterbitkan untuk menyebarkan maklumat sama ada dalam bentuk berita atau pendapat yang mewakili sesuatu organisasi atau individu. Selain itu, lembar maklumat berfungsi untuk menyebarkan maklumat pada skala besar dengan kos penerbitan yang rendah. Lembar maklumat biasanya diterbitkan dalam saiz kecil atau saiz lain dalam jumlah lembar yang terhad. Kadangkala lembar diterbitkan dengan menggunakan satu helaian sahaja. Mutu kertas dan reka bentuk persembahan penulisan dan visualnya bergantung pada kemampuan agensi yang menerbitkan, kepentingan mesej, dan jenis khalayak yang hendak dicapai. Pertimbangan membuat keputusan penerbitan lembar maklumat perlu dibuat oleh bahagian komunikasi korporat dalam sesebuah organisasi. Sinonim risalah. |
sheetflood erosion | hakisan banjir lembar | Geologi | Tiada | Bentuk hakisan lembar yang disebabkan oleh banjir lembar. |
strand | lembar | Teknik | Elektrik | Dawai-dawai kecil yang dipintal dalam satu berkas untuk membentuk seutas teras pengalir. Misalnya, seberkas dawai kabel boleh terdiri daripada 1, 3, 7, 19, 37 atau 61 lembar dawai atau 14, 23, 70, 110 atau 162 lembar dawai bagi membentuk kord boleh lentur. Saiz kabel biasanya dinyatakan dalam diameter setiap lembar dan bilangan lembarnya, contohnya kabel 3/0.029 bererti teras pengalir ini mempunyai 3 lembar dawai dan setiap satu berdiameter 0.029 inci. |
flexible control cable | kabel kawalan mudah lentur | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Kabel kawalan pesawat udara yang mengandungi tujuh lembar dawai keluli. Setiap lembar mempunyai tujuh dawai terasing. |