Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapat­kan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) me­lawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, meng­hela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : ; burung ~ sj burung, pucung, Ardea s. sumatrana; punai ~ sj burung, tekukur, tekukur api, Macropygia ruficeps malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj ikan laut, buntal kotak, Ostracion spp.; lelembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : beberapa jenis binatang ternakan utk memperoleh susu atau dagingnya, Bos longifrons; Bos brachyceros; Bos indicus. ~ daging lembu yg dipelihara khusus utk memperoleh dagingnya. ~ susu (perahan) lembu yg dipelihara utk memperoleh susunya. memperlembu ki memperlakukan seseorang spt lembu; membodoh-bodohkan: Mereka sengaja mengambil kesempatan utk ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(14)

21

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol ," jawab Ali

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heiferheiferPertanianAgroteknologiLembu betina muda yang berumur satu tahun atau lebih, yang belum pernah melahirkan anak. Heifer akan dikahwinkan dengan lembu jantan bagi tujuan membiakkan anak. Bagi lembu tenusu, setelah melahirkan anak dan cerai susu, heifer yang kini menjadi ibu lembu akan terus diternak untuk mendapatkan susu. Selain heifer, haiwan ternakan lembu yang biasa terdapat dalam sesebuah ladang ternakan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti lembu jantan baka, anak lembu belum cerai susu, anak lembu cerai susu, anak lembu jantan dan lembu menyusu.
beefdaging lembuPentadbiran PerniagaanTiadaDaging yang diperolehi daripada lembu, anak lembu dan haiwan yang sefamili dengannya.
tallowlemak lembuKimiaTiadaBahan yang mengandungi berbagai-bagai-bagai jenis gliserida dan biasanya diperoleh secara peleburan tisu lemak lembu. lemak lembu digunakan dalam pembuatan lilin, sabun dan bahan pelincir.
beef jerkyjerki daging lembuMakanan dan PemakananMakananDaging lembu yang telah dibuang lemaknya dan dihiris dalam bentuk kepingan panjang. Jerki daging lembu biasanya diperap dengan garam, gula atau rempah ratus sebelum dikeringkan atau disalai pada suhu rendah (di bawah 70°C). Jerki daging lembu merupakan produk sedia dimakan dan bersifat kenyal. Jerki daging lembu boleh disimpan selama berbulan-bulan tanpa penyejukan.
vealdaging anak lembuMakanan dan PemakananMakananDaging yang diperoleh daripada anak lembu yang disembelih pada umur kurang dari 20 minggu. Daging anak lembu ini kurang lemak, sangat lembut dan berwarna cerah. Ini disebabkan anak lembu tersebut diberikan makanan berasaskan susu dan tidak diberikan makanan berserat.
feeder calfanak lembu pemakan; anak lembu penggantiVeterinarTiadaTiada
beef loafbuku daging lembu; lof daging lembuPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
veal veloutevelute dagingPentadbiran PerniagaanTiadaVelute daripada kaldu lembu atau anak lembu yang direneh selama dua jam dan kemudian dicampur roux.
beef veloutevelute dagingPentadbiran PerniagaanTiadaVelute daripada kaldu lembu atau anak lembu yang direneh selama dua jam dan kemudian dicampur roux.
suetsuetPentadbiran PerniagaanTiadaLemak yang pejal dan keras di sekeliling ginjal lembu, bebiri, anak lembu dan anak bebiri untuk puding kukus dan pastri.
12345678910...

Kembali ke atas