Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[lé.sén] | ليسين

Definisi : (lésén) sijil atau dokumen rasmi yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa yg mem­berikan kebenaran kpd seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu: kerajaan negeri itu didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kpd orang Melayu sahaja; kedai ~ bp kedai kecil (drpd papan) tempat menjaja, biasanya barang-barang makanan, di tepi jalan; berlesen mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu (berniaga, melombong, dll); melesenkan memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat asing; pelesenan urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan lesen: lembaga ~; pelesen; pegawai ~ pegawai yg mengeluar­kan lesen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.sén] | ليسين

Definisi : /lésén/ surat kebenaran atau dokumen (utk berniaga, memandu kereta dll); surat izin: ~ memandu; ~ berniaga. berlesen mempunyai kebenaran utk mengerjakan sesuatu (spt berniaga, melombong). pelesenan hal-hal yg berkaitan dgn urusan memberi atau mengeluarkan lesen: lembaga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesen
Rujuk :dokumen

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
site licencelesen tapakTeknologi MaklumatTiadaLesen untuk menggunakan perisian di dalam sesuatu organisasi atau institusi di lokasi yang sama. Lesen tapak membenarkan penyalinan semula dan pengedarannya di lokasi tersebut sahaja. Lihat juga lesen pengguna
licence conditionssyarat lesenUndang-undangTiadaSyarat yang dikenakan kepada pemengang lesen yang jika dicabuli boleh mengakibatkan pembatalan lesen itu.
software licencelesen perisianTeknologi MaklumatTiadaSuatu kebenaran untuk menggunakan perisian mengikut syarat-syarat dan terma yang dinyatakan oleh pengeluar perisian tersebut. Kebenaran ini dinyatakan dalam dokumen bagi tujuan penggunaan perisian secara sah dan mengikut undang-undang hak cipta dan tanggungan produk bagi melindungi kepentingan pencipta dan pengguna. Pada umumnya, lesen perisian dikategorikan kepada dua jenis iaitu lesen perisian pemilik dan lesen perisian bebas. Lesen perisian bebas memberi hak tambahan kepada pengguna untuk membuat salinan tanpa memberi persetujuan untuk menerima semua syarat pelesenan. Manakala lesen perisian pemilik hanya boleh dipasangkan pada satu sistem komputer sahaja.

licence bondbon lesenPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang menjamin bahawa seseorang yang telah diberikan lesen akan mematuhi undang-undang dan ordinan berkaitan dengan pemberian lesen.
licenseepemegang lesenPentadbiran PerniagaanTiadaSeseorang yang menggunakan harta orang lain dengan kebenaran tuan punya harta tersebut. Tuan punya harta mesti mengambil tindakan yang perlu untuk menjaga keselamatan pemegang lesen.
licence and permit bondsbon permit dan lesenPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk mereka yang berkhidmat dalam bidang yang tertentu seperti pengurusan sekuriti. Bon ini akan dijadikan bayaran ganti rugi jika pemegang lesen gagal memenuhi syarat yang digariskan oleh pihak berkuasa.
poetic licenselesen puitisKesusasteraanTiadaKebebasan yang diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Pengkarya bebas menghasilkan karya mengikut acuan sendiri, sekalipun bertentangan dengan konsep karya penulis lain. Biasanya, lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair daripada cerpenis dan novelis.
licencelesen; ragam puitisLinguistikTiadaTiada
licencelesenPentadbiranTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas