Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibat membungkus, melipat, mem­bebat, membelit; melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh beberapa orang penulis; melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan; terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupa­kan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibat membelit atau membungkus (dgn sesuatu); membebat: Ular ~ di dahan kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibatkan membawa dll sesuatu atau seseorang ke dlm perkara, urusan lain dsb; membabitkan: Peperangan itu ~ negara-negara di sebelah sini. terlibat termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. keterlibatan hal terlibat. penglibatan perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
libat
Kata Terbitan : melibat, melibatkan, terlibat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
participative decision makingpembuatan keputusan libat samaPengurusanPerancanganProses pembuatan keputusan dalam pengurusan organisasi yang dilakukan dengan membenarkan dan menggalakkan pekerja untuk turut serta, melalui perkongsian pendapat dan idea. Keputusan yang dicapai melalui proses ini dianggap lebih berkualiti memandangkan pekerja merupakan sumber sebenar untuk memahami operasi organisasi. Pembuatan keputusan libat sama boleh diguna pakai oleh organisasi untuk memupuk hubungan kerja yang baik, meningkatkan kepuasan kerja dan seterusnya menyumbang kepada iltizam yang tinggi dalam kalangan pekerja.
detached attitudesikap tak libatPentadbiranTiadaTiada
detached attitudesikap tak libatSains PolitikTiadaTiada
participative decision makingpembuatan keputusan libat samaPentadbiranPengurusan-
trade-related credit facilitykemudahan kredit libat perdaganganPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPs)Perjanjian Aspek Libat Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPs)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang terhasil daripada Rundingan Pusingan Uruguay dan merupakan komponen utama sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Perjanjian ini menggariskan standard minimum dasar dan peraturan harta intelek negara anggota WTO seperti hak cipta, reka bentuk industri, paten, petunjuk geografi, monopoli terhadap kepelbagaian tumbuhan baharu dan cap dagangan. Dalam rundingan Pusingan Doha, perjanjian ini dikritik oleh negara membangun kerana ketidakseimbangan yang menguntungkan negara maju seperti kurangnya ruang pelaksanaan dan kurangnya perhatian kepada dasar awam, objektif pembangunan dan pemindahan teknologi.
nang sbek thornnang sbek thornMuzikTiada

 Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga).


Kembali ke atas