Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd kejar, halau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ligan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ligandliganFarmasiFarmakologiMolekul atau ion yang terikat pada atom atau ion pusat kompleks seperti sebatian koordinat dan kelat. Contohnya, molekul ammonia merupakan ligan dalam kompleks [Co(NH3)J3+. Ligan seperti ammonia dan EDTA juga disebut sebagai agen pengkompleksan. Ligan mempunyai pasangan bebas elektron yang digunakan untuk membentuk ikatan koordinat dengan atom atau ion pusat.
ligandliganPerubatanTiadaMolekul atau ion yang terikat pada atom atau ion pusat kompleks seperti sebatian koordinat dan kelat. Contohnya molekul ammonia merupakan ligan dalam kompleks [Co-(NH3)6]³?. Ligan seperti ammonia dan EDTA juga disebut sebagai agen pengkompleksan. Ligan mempunyai pasangan bebas elektron yang digunakan untuk membentuk ikatan koordinat dengan atom atau ion pusat.
ligandliganKimiaTiadaMolekul atau ion yang terikat pada atom atau ion pusat kompleks seperti sebatian koordinat dan lekat. Misalnya, molekul ammonia merupakan ligan dalam kompleks [Co-(NH3)6]3+. Ligan seperti ammonia dan EDTA juga disebut sebagai agen pengkomplekasan. Ligan mempunyai pasangan bebas elektron yang digunakan untuk membentuk ikatan koordinat dengan logam atau ion pusat.
affinity chromatographykromatografi afinitiHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang berasaskan interaksi biokimia antara ligan yang terikat pada fasa pegun dengan zat terlarut dalam fasa gerak. Interaksi biokimia ini termasuklah antigen-antibodi, enzim-substrat dan drug-reseptor. Fungsi ligan dalam kaedah ini serupa dengan kumpulan berfungsi yang digunakan dalam kromatografi penukaran ion. Kaedah ini digunakan untuk memisahkan bahan yang mempunyai kecenderungan yang lebih kuat pada ligan berkenaan berbanding zat terlarut yang lain dalam satu larutan. Zat terlarut yang terperangkap pada ligan dilalukan dengan fasa gerak yang mengandungi ligan yang sama. Zat terlarut tulen kemudian dihasilkan melalui penguraian kompleks zat terlarut-ligan dengan cara menukar pH atau kekutuban fasa gerak. Contoh penggunaan kaedah ini ialah penulenan bahan lektin daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan ligan gula.
coordination compoundsebatian koordinatanKimiaTiadaSebatian yang terbentuk daripada gabungan ion logam (lazimnya logam peralihan) dengan ion bukan logam atau molekul yang disebut ligan atau agen pengkompleks. Ligan yang terlibat boleh bercas seperti C1‒ atau neutral seperti air dan ammonia. Ion logam tersebut lazimnya ialah kobalt, platinum, ferum, kuprum atau nikel. Cas pada sebatian koordinatan adalah sama dengan jumlah cas pada ion logam dan ligan. Sin. sebatian kompleks.
equatorial ligandligan khatulistiwaKimiaTiadaLigan yang memanjang keluar dari satah kompleks oktahedron.
chelatekelatKimiaTiadaSebatian kompleks yang mengandungi ligan bidentat seperti etilenadiamina atau ligan polidentat seperti etilenadiaminatetraasetat (EDTA).
receptor-mediated endocytosisendositosis berperantaraan-reseptorBiologiGenetikEndositosis yang melibatkan pengikatan ligan seperti vitelogenin kepada reseptor mencran plasma dan diikuti oleh pergerakan lateral kompleks reseptor-ligan melalui membran ke arah satu lekuk tersalut.
coordination numbernombor koordinatanKimiaTiadaBilangan atom atau kumpulan, iaitu ligan yang terikat dengan atom pusat garam kompleks. Misalnya, dalam sebatian koordinatan kobalt(III)-heksamina klorida, Co(NH3)­6C13, terdapat enam molekul ammonia yang membentuk ligan dengan ion pusat kobalt. Oleh itu, nombor koordinatan kobalt ialah 6.
reseptor mediated endocytosisendositosis berantarakan reseptorVeterinarPraklinikalMekanisme pengingesan molekul tertentu oleh sel. Proses ini berlaku melalui saling tindakan khusus reseptor-ligan pada permukaan sel. Endositosis berlaku apabila ligan yang terikat reseptor diingeskan. Contoh proses ini ialah pengambilan ferum oleh eritroblas dalam sumsum tulang untuk membentuk hemoglobin.
1234567

Kembali ke atas