Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.lit] | ليليت

Definisi : 1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit (ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; kuat ~ kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya; selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling, sebelit: ~ Pulau Perca; berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di dahan kayu; berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu; melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar; melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai bunga dgn ~ warna hijau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lit] | ليليت

Definisi : 1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,

Puisi
 

Kayu jati di tepi huma,
     Lilit akar ribu-ribu;
Kalau hati inginkan bunga,
     Cari akal dengan tipu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ikat lilit silangikat lilit silangKesenianTiadaIkatan kemasan yang berbentuk silang lilit biasanya disilangi secara bersusun lilit berbalas.
lilitlilitKesenianTiadaMelingkarkan helaian pada sesuatu.
circumcentrepusat bulatan lilitMatematikTiadaPusat bagi bulatan lilit. Pusat bulatan lilit bagi suatu segi tiga ialah titik persilangan bagi ketiga-tiga pembahagi dua sama serenjang bagi sisi segi tiga itu.
lilit tetulanglilit tetulangKesenianTiadaLilitan pada junjung yang helaiannya digunakan secara teratur untuk mengikat junjung pada bingkai menggunakan pelbagai ikatan seperti ikat sinunsuri, ikat linampas dan sebagainya.
lilit selarililit selariKesenianTiadaLilitan kemasan pada bingkai bakul.
overcastinglilit kemasPentadbiran PerniagaanTiadaJahit lilit pada tepi kain untuk mengemas dan menghindarkan tepi kain daripada terburai.
serginhjahit lilit kemasKesenianTiadaJahit lilit pada tepi kain untuk mengemas dan menghindarkan tepi kelim daripada terburas.
whippingjahit lilitKesenianTiadaJahit tangan lilit, kemas dan pendek pada kelim tepi bergulung atau tepi berburas.
oversewingjahit lilit ubiKesenianTiadaJahit lilit pada tepi kain untuk mengemaskan dan menghindarkan tepi kelim daripada terburai.
oversewingjahit lilit ubiPentadbiran PerniagaanTiadaJahit lilit pada tepi kain untuk mengemaskan dan menghindarkan tepi kelim daripada terburai.
12345678910...

Kembali ke atas