program coverage | liputan rancangan | Komunikasi | Korporat | 1. Proses membuat liputan sesuatu acara di luar studio radio dan televisyen. Genre rancangan adalah pelbagai, iaitu daripada yang berbentuk bicarawara hingga ke genre hiburan dan liputan acara rasmi hal ehwal semasa. Contohnya, liputan rancangan di Malaysia ditentukan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepentingan dan kerasmian sesuatu acara atau majlis yang berlangsung, ciri khalayak, serta waktu dan tempoh siaran. Bagi stesen swasta, liputan sesuatu rancangan dilakukan sekiranya memberikan pulangan yang tinggi kepada stesen berkenaan. 2. Jumlah isi rumah yang menerima sesuatu rancangan melalui satu atau lebih stesen. Hal ini disebabkan penilik radio atau televisyen berkenaan berada di kawasan yang dapat dicapai oleh liputan siaran rancangan tersebut. 3. Liputan kandungan sesuatu rancangan radio atau televisyen. Liputan ini merangkumi isi atau inti pati penting yang wujud dalam sesebuah rancangan yang boleh memberikan gambaran dengan jelas mengenai genre dan tema rancangan yang dapat memberikan kesan o |
primary service area | kawasan liputan utama | Komunikasi | Korporat | Kawasan utama yang mendapat liputan perkhidmatan atau kawasan utama pengedaran barangan secara tertumpu. Jenis perkhidmatan dan barangan adalah seperti perkhidmatan siaran radio dan televisyen, telekomunikasi dan media cetak, serta barangan pengguna. Keutamaan sesuatu ruang liputan bergantung pada jumlah khalayak atau pengguna, status sosial, dan budaya pengguna. Siranya sesuatu kawasan mempunyai jumlah penduduk yang ramai, kawasan ini biasanya menjadi ruang liputan utama bagi pengedaran sesuatu barangan dan perkhidmatan. Contohnya, bagi liputan perkhidmatan penyiaran dan telekomunikasi, alat penerima pemancar siaran yang tinggi kuasanya diletakkan di kawasan tersebut. Status keutamaan sesuatu kawasan liputan menentukan kadar bayaran pengiklanan yang dikenakan. |
overlapping coverage | liputan bertindan | Komunikasi | Korporat | Liputan dan penyiaran rancangan mengenai sesuatu isu yang disiarkan melalui dua atau lebih saluran radio dan televisyen secara serentak. Liputan rancangan oleh saluran ini disiarkan di kawasan yang sama. Tindakan ini membolehkan sejumlah peratusan isi rumah menjadi khalayak kepada rancangan berkenaan. Peratusan jumlah dedahan ini biasanya tinggi. Petunjuk peratusan ini akan membantu para pengiklan merancang strategi peletakan iklan untuk sesuatu rancangan melalui saluran yang terlibat menyiarkan rancangan berkenaan. Contoh liputan bertindan ialah ucapan belanjawan yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia yang disiarkan serentak di beberapa saluran media elektronik. |
secondary service area | kawasan liputan sampingan | Komunikasi | Korporat | Kawasan sampingan yang mendapat liputan perkhidmatan atau kawasan pengedaran barangan secara tertumpu. Jenis perkhidmatan dan barangan adalah seperti perkhidmatan siaran radio dan televisyen, telekomunikasi dan media cetak, serta barangan pengguna. Sesuatu kawasan dikategorikan sebagai kawasan liputan sampingan sekiranya jumlah penduduk lebih kecil, berselerak, dan status sosioekonomi yang sederhana. Faktor ini menyebabkan ruang lingkup pengedaran sesuatu barangan atau perkhidmatan lebih terhad. Dari segi media elektronik dan komunikasi, kedudukan kawasan terletak di pinggir ruang liputan alat pemancar siaran dan telekomunikasi. Kadar bayaran ruang pengiklanan yang dikenakan adalah lebih rendah. |
edge of coverage | pinggir liputan | Aeroangkasa | Tiada | Pinggir kawasan liputan satelit. |
area coverage rate | kadar liputan kawasan | Aeroangkasa | Tiada | Kadar liputan kawasan yang boleh dikesan oleh pesawat dalam suatu masa. |
informational sponsor | penaja liputan | Ekonomi | Tiada | Yayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara khususnya dari segi perhubungan awam, liputan media dan lain-lain. |
informational sponsor | penaja liputan | Komunikasi | Tiada | Yayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara khususnya dari segi perhubungan awam, liputan media dan lain-lain. |
swath | liputan | Geografi | Tiada | Tiada |
coverage | liputan; perlindungan | Kejuruteraan | Tiada | .,atau perisai menutupi permukaan pengalir tertebat di bawahnya.,5. Kedalaman maksimum air di dalam parit dibandingkan dengan tanah yang hendak diari. |