Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liur] | ليور

Definisi : rembesan cair dlm mulut yg dikeluarkan oleh kelenjar liur yg fungsinya memudahkan makanan ditelan dan dicerna: ia menelan air ~nya melihat makanan itu; air ~ basi a) air liur yg meleleh keluar sewaktu tidur; b) tajuk perbualan yg sudah lama; menjilat air ~ prb yg sudah dicela dipuji kembali, sudah dibuang diambil balik; berliur, meliur mengeluarkan air liur; ~ masin ki a) pandai berkata-kata; b) apa yg dikatakannya diiakan orang; terliur ingin benar akan: aku ~ sungguh hendak makan asam; peliuran perihal (proses atau perbuatan) mengeluarkan air liur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liur] | ليور

Definisi : ; air ~ air ludah yg cair atau yg meleleh. air ~ basi air liur yg meleleh keluar ketika tidur. meliur mengeluarkan air liur. terliur ingin benar akan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liur

Peribahasa

Menjilat air liur (= ludah).

Bermaksud :

Yang sudah dicela dipuji kembali.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salivary ductduktus liurPerubatanTiadaSaluran yang mengalirkan liur dari kelenjar liur ke mulut.
salivary ductduktus liurBiologiHistologi dan SitologiDuktus yang membawa air liur daripada kelenjar liur ke dalam mulut.
salivaair liurSains ForensikTiadaCampuran bahan rembesan dari kelenjar liur dan membran mukus di mulut. Pengujian DNA pada air liur boleh dilakukan kerana air liur mengandungi sel yang tertanggal daripada permukaan dalam mulut. Maklumat seperti jenis kumpulan darah atau jenis dadah yang digunakan oleh seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian serologi forensik terhadap sampel air liur yang ditinggalkan.
salivary stonekarang liurPerubatanTiadaKalkulus yang terdapat pada kelenjar atau duktus kelenjar liur. Sinonim: kalkulus liur.
salivary calculuskalkulus liurPerubatanTiadaKalkulus yang terdapat pada kelenjar atau duktus kelenjar liur. Sinonim: karang liur.
salivary major glandkelenjar liur majorPerubatanTiadaKelenjar liur yang utama dan merembeskan sebahagian besar liur seperti kelenjar parotid, submaksila dan sublingual.
salivaair liurVeterinarTiadaCecair yang dihasilkan oleh kelenjar liur yang masuk ke dalam mulut semasa mengunyah makanan. Cecair ini mengandungi musin yang menjadi pelincir kepada makanan dan memudahkannya masuk ke esofagus. Pada kebanyakan haiwan bukan ruminan, cecair ini mengandungi enzim amilase atau ptilin yang memulakan pencernaan kanji. Sebaliknya, air liur haiwan ruminan tidak mengandungi enzim amilase tetapi mengandungi garam fosfat dan bikarbonat serta urea. Fungsi penting air liur pada haiwan ruminan ialah bertindak sebagai penampan pH dalam rumen.
salivaair liurPerubatanTiadaRembesan jernih, bersifat alkali yang dihasilkan oleh kelenjar liur. Rembesan ini membasahi dan melembutkan makanan, melembapkan mulut, dan mengandungi ?-amilase, iaitu enzim pencernaan yang mengubah kanji menjadi maltosa. Air liur juga mengandungi musin, albumin serum, globulin, leukosit, puing epitelium dan kalium tiosianat.
salivaryliurBiologiFisiologiBendalir berlendir yang dihasilkan oleh kelenjar liur setalah ada rangsangan, misalnya apabila melihat atau memakan makanan. Ia berfungsi membasahi, melembutkan makanan dan memulakan proses pencernaan makanan di dalam mulut. Bendalir ini terdiri daripada air, protein (enzim), garam tak organik, musin dan sekurang-kurangnya dua enzim, iaitu maltase dan ptialin. Kadang-kadang dinamakan juga rembesan liur.
salivaair liurVeterinarPraklinikalBendalir pencernaan dalam mulut yang mengandungi α-amilase; ptialin; musin; albumin; globulin; leukosit; puing epitelium dan kalium tiosianat. Air liur dirembeskan dari kelenjar parotid; kelenjar submaksilari; kelenjar sublingua dan kelenjar mukus kecil mulut. Cecair ini jernih; alkali dan lekit. Air liur juga melembapkan serta melembutkan makanan; memastikan mulut sentiasa lembap dan mencernakan kanji.
12345678910...

Kembali ke atas