rainfed plot | petak tadah hujan | Pertanian | Agronomi | Petak atau kawasan yang tidak menerima bekalan air daripada sistem pengairan dan hanya bergantung pada air hujan. Contohnya, kawasan padi di pinggiran kawasan MADA (Muda Agricultural Development Authority) di Kedah, dan KADA (Kemubu Agricultural Development Authority) di Kelantan. |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 � 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangk |
potboiler | karya periuk nasi | Kesusasteraan | Tiada | Karya khas yang ditulis dalam keadaan terdesak untuk menyara hidup penulisnya. Karya ini diolah sambil lewa oleh pengarangnya untuk memenuhi minat orang ramai, tanpa mementingkan mutu dan nilainya. Salah satu contoh karya klasik ialah novel falsafah yang berjudul Rasselas (1759), ditulis oleh S. Johnson. Novel ini ditulis dalam jangka masa seminggu, dan keuntungan jualannya digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengebumian ibunya serta menjelaskan hutang piutang ibunya. Contoh dalam sastera Arab ialah al-Mada�ih oleh al-Mutanabbi. Karya ini mengisahkan Sayf al-Dawlah al-Hamadani (Raja Pemerintah). |