madu manis | madu manis | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur benda berbentuk indung madu. |
kelarai madu manis | kelarai madu manis | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur benda berbentuk indung madu. |
honeynet | rangkaian madu | Teknologi Maklumat | Perisian | Suatu rangkaian yang terdiri daripada beberapa komputer madu. Rangkaian ini biasanya digunakan untuk memantau suatu rangkaian yang lebih besar yang satu komputer madunya tidak mencukupi bagi tujuan pemantauan. Rangkaian komputer madu dan komputer madu biasanya dilaksanakan sebagai sebahagian daripada rangkaian besar bagi sistem pengesanan pencerobohan (IDS). |
honeycomb | komb madu | Biologi | Entomologi | Sel lilin yang dihasilkan oleh lebah madu untuk menyimpan madu dan berfungsi sebagai sel seperinduk. Sel ini dibina daripada lilin yang dirembeskan oleh empat pasang kelenjar yang terletak di dalam membran di bawah segmen abdomen ketiga, keempat, kelima, dan keenam. |
apiculture | apikultur | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak. |
honey-pot ant | semut pelayan madu | Biologi | Entomologi | Nama bagi beberapa spesies semut dalam koloni yang dikenal sebagai replet yang dapat memakan madu dengan banyaknya sehingga abdomennya mengembung kepada beberapa kali ganda. Dalam keadaan ini, replete akan tinggal di dalam sarang dalam keadaan tergantung pada bumbung, dan menjadi gudang makanan hidup atau �pelayan madu� yang membekalkan madu kepada semut lain semasa kekurangan makanan. |
honeypot | komputer madu | Teknologi Maklumat | Perisian | Komputer atau pelayan Internet yang mengandungi sumber sistem maklumat sebagai umpan dan berfungsi untuk menarik perhatian para penggodam untuk mencerobohi sistem. Komputer madu digunakan sebagai alat untuk memerangkap dan mengenal pasti pencerobohan rangkaian. Komputer madu memimik sistem atau rangkaian komputer sebenar tetapi tidak mengandungi data atau maklumat berguna. Komputer ini dipenuhi dengan data palsu yang disediakan agar kelihatan menarik kepada penceroboh untuk melawatinya. |
honeypot | komputer madu | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer atau pelayan Internet yang mengandungi sumber sistem maklumat sebagai umpan dan berfungsi untuk menarik perhatian para penggodam untuk mencerobohi sistem. Komputer madu digunakan sebagai alat untuk memerangkap dan mengenal pasti penceroboh rangkaian korporat. Komputer madu memimik sistem atau rangkaian komputer sebenar tetapi tidak mengandungi data atau maklumat berguna. Ia dipenuhi dengan data palsu yang disediakan agar kelihatan menarik kepada penceroboh untuk melawatinya. |
mel | mel | Perubatan | Tiada | 1. Madu.,2. Sebatian madu yang mempunyai agen berubat. |
virtual honeypot | komputer madu maya | Teknologi Maklumat | Perisian | Atur cara perisian yang direka bentuk untuk muncul sebagai rangkaian sebenar. Atur cara ini bertujuan untuk mengumpan pengguna hasad supaya melawati rangkaian tersebut. Atur cara ini berbeza dengan komputer madu yang menggunakan peranti perkakasan untuk memerangkap pengguna, manakala komputer madu maya menggunakan perisian untuk menyerupai sesebuah rangkaian. |