military court | mahkamah tentera | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Mahkamah yang diberi kuasa untuk membicarakan anggota tentera bagi kesalahan di bawah undang-undang ketenteraan dan menghukum mereka jika didapati bersalah. Mahkamah tentera mempunyai struktur yang terpisah daripada mahkamah awam. Mahkamah tentera biasanya berperanan semasa berlakunya konflik bersenjata tetapi terdapat juga negara yang membenarkan mahkamah tentera berfungsi semasa keadaan aman. |
process of the courts | proses mahkamah | Undang-undang | Tiada | Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi memulakan prosiding mahkamah atau peringkat tertentu dalam prosiding mahkamah. |
President of International Court of Justice | Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Ketua hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Beliau dipilih oleh hakim-hakim mahkamah setiap tiga tahun melalui undian rahsia. Tidak ada syarat kewarganegaraan dalam pemilihan. Presiden mempengerusikan semua mesyuarat mahkamah, mengarahkan kerja dan menyelia pentadbiran mahkamah. Semasa pertimbangan kehakiman, Presiden Mahkamah mempunyai satu undi jika undi-undi terbahagi sama banyak. Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikehendaki tinggal di The Hague. Antara Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa ialah Peter Tomka (2012�2015), Hishashi Owada (2009�2012) dan Dame Rosalyn Higgins (2006�2009). |
International Court of Justice (ICJ) | Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Mahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1945 di The Hague, Belanda, dan merupakan satu daripada lima organ utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini berperanan mendengar pertikaian antara negara dan seterusnya menyelesaikan pertikaian antara negara tersebut. Sesebuah negara boleh membawa kes pertelingkahan untuk diselesaikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan negara-negara yang bertelingkah mestilah bersetuju pada bidang kuasa mahkamah tersebut. Sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah tersebut hanya akan mengikat negara bertelingkah tetapi tidak mengikat negara-negara yang lain. Mahkamah ini juga mempunyai bidang kuasa memberi pendapat nasihat apabila diminta oleh Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan atau mana-mana badan yang dibenarkan oleh Piagam PBB. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikawal selia oleh Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa 1945. |
police court magistrate | majistret mahkamah polis | Sejarah | Tiada | Anggota kehakiman yang ditugaskan dalam mahkamah khas seperti mahkamah tentera. |
supervisory jurisdiction | bidang kuasa seliaan | Undang-undang | Tiada | Kuasa mahkamah untuk mengawasi tindakan mahkamah yang lebih rendah bagi memastikan bahawa tindakan mahkamah yang lebih rendah itu tidak terkeluar daripada bidang kuasanya. |
International Court of Justice (ICJ) | Mahkamah Pengadilan Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Mahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan terdiri daripada 15 orang hakim yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB. Mahkamah ini merupakan sebahagian daripada PBB dan berfungsi sebagai badan pengadilan bagi negara yang terlibat dalam konflik tertentu dan bersetuju untuk diadili oleh badan ini. Mahkamah ini memutuskan sesuatu keputusan keadilan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Di samping itu, badan ini juga memberi nasihat kepada institusi lain dalam PBB. Kes pertama yang pernah dirujuk kepada mahkamah ini ialah kes Terusan Corfu pada tahun 1946 yang melibatkan negara United Kingdom dan Albania. Dalam kes ini, mahkamah ini memutuskan United Kingdom telah melanggar kedaulatan Albania kerana membersihkan periuk api di terusan Corfu, yang dipercayai telah dipasang dengan pengetahuan Albania dan meletupkan dua kapal pemusnah milik United Kingdom semasa melayari terusan tersebut. Mahkamah ini juga menetapkan jumlah kerugian yang perlu dibayar oleh Albania kepada United Kingdom. Sino |
judicial decision | keputusan kehakiman | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hasil daripada penyelesaian pertelingkahan yang dibawa kepada mahkamah domestik ataupun mahkamah antarabangsa. Keputusan kehakiman sangat penting kerana ia menentukan bagaimana sesuatu kes diselesaikan. Menurut Perkara 38(1) (d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, keputusan kehakiman merupakan salah satu sumber sampingan undangundang antarabangsa. Keputusan kehakiman hanya mengikat negara yang bertelingkah tanpa mengikat negara-negara lain. Walau bagaimanapun, keputusan kehakiman boleh menjadi bukti amalan negara yang boleh membentuk adat antarabangsa yang bersifat mengikat sesebuah negara. |
Permanent Court of Arbitration (PCA) | Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Mahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1899 dalam Persidangan Keamanan The Hague pertama, bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Mahkamah ini menawarkan perkhidmatan penyelesaian pertikaian antarabangsa dalam isu-isu undang-undang antarabangsa awam dan undang-undang antarabangsa persendirian bagi pihak-pihak yang bersetuju menerima bidang kuasanya. Mahkamah ini mendengar pertikaian antara negara, antara pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, dan antara pertubuhan antarabangsa dan negara, malah membabitkan pihak persendirian. Mahkamah ini membenarkan pihak-pihak yang bertikai untuk memilih sendiri penimbang tara yang akan mengendalikan kes tersebut. |
Permanent Court of International Justice (PCIJ) | Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa (PCIJ) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Mahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1922 di bawah sistem Liga Bangsa-Bangsa dan beroperasi di The Hague, Belanda. Berdasarkan Statut PCIJ, mahkamah ini mempunyai keupayaan dan tanggungjawab untuk mendengar sebarang pertikaian antara negara dan memberi pendapat nasihat yang perlu tentang persoalan yang dikemukakan oleh Majlis atau Perhimpunan yang merupakan organ Liga Bangsa-Bangsa. Mahkamah ini dibubarkan pada tahun 1946 dan digantikan dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. |