Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kam]/[ma.qam] | مقام

Definisi : ark tempat kediaman: maka baginda pun berangkatlah lalu sampai kpd suatu ~ bernama Pedada; bermakam mempunyai tempat kediaman, bersemayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kam]/[ma.qam] | مقام

Definisi : 1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt nabi, para wali, keluarga diraja, dsb): pd hari Jumaat yg lalu, Sultan pergi menziarahi ~ ayahandanya; 2. = permakaman perkuburan: mayat askar-askar yg terkorban dlm serangan hendap itu dikebumikan di ~ pahlawan; M~ Nabi Ibrahim bekas tapak kaki Nabi Ibrahim berhampiran dgn Kaabah, iaitu salah satu tempat yg doa pengunjungnya mustajab; memakamkan menanam mayat, menge­bumikan, menguburkan: istiadat ~ jenazah Sultan; pemakaman perihal memakamkan, pengu­buran: ~ Tok Engku telah dijalankan dgn penuh istiadat (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kam]/[ma.qam] | مقام

Definisi : 1 tempat menanam orang mati (biasanya utk orang yg dihormati spt raja, pahlawan); kubur. 2 = permakaman kawasan tempat menanam orang mati; perkuburan: ~ pahlawan. memakamkan menanam (mayat); menguburkan. pemakaman perbuatan atau hal memakamkan; penguburan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makam
Kata Terbitan : permakaman, memakamkan, pemakaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sepulchremakamUndang-undangTiadaTiada
sepulchremakamSejarahTiadaTiada
tombmakamSejarahTiadaTiada
gravemakamKesenianSeni BinaTempat orang yang telah meninggal dunia dikebumikan, biasanya untuk golongan yang dihormati seperti raja dan pahlawan.
alter tombmakam sanggarKejuruteraanTiadaTiada
Holy SepulcherMakam SuciSejarahTiadaTiada
sarcophagussarkofagusKesenianTiadaKeranda atau makam yang dibuat daripada batu atau tanah merah.
bed and boardinap-makanPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah penginapan yang termasuk sarapan, merarau dan makam malam.
tabatabaMuzikTiada

Sistem mod melodi dalam muzik Afrika Utara. Sistem taba merangkumi konsep motif atau formula melodi, formula kadens, hierarki pic, jeda mikroton dan juga konsep tetrakord. Sistem taba sama dengan sistem mod maqam di Arab, dastgah di Iran, naghmah di Mesir dan makam di Turki.

maqammaqamMuzikTiada

 Sistem mod melodi dalam muzik Arab. Sistem mod ini merangkumi konsep motif atau formula melodi, formula kadens, hierarki pic, jeda mikroton serta konsep tetrakord. Not skel menaik kadangkala berbeza dengan not skel menu-run. Maqam menggunakan jeda pic seperti 1, xh, M,dan 5A ton. Sistem maqam di Arab sama dengan dastgah di Iran, naghmah di Mesir, taba di Afrika Utara dan makam di Turki. Sinonim maqamat. Lihat juga taba, gusheh.


Kembali ke atas