melancholia | melankolia | Perubatan | Tiada | Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran. |
divorce a mensa et thoro | perceraian makan dan tidur | Sosiologi | Tiada | Tiada |
lullaby | dodoi | Kesusasteraan | Tiada | Lagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul. |
hypothalamus | hipotalamus | Psikologi | Psikologi Umum | Struktur otak yang banyak memberi kesan kepada psikologi manusia dan haiwan. Struktur otak yang kecil seperti buah anggur ini dikatakan berfungsi sebagai pusat kawalan emosi dan beberapa dorongan biologikal lain yang berkait rapat dengan tingkah laku kemandirian. Hipotalamus boleh menjejaskan pelbagai tingkah laku seperti tingkah laku seks, kemarahan, suhu badan, pembebasan hormon, makan, minum, tidur dan emosi. |
mood disorder | kecelaruan rasa hati | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu |
amphetamine sulphate | amfetamina suIfat | Kimia | Forensik | Formula kimia, D18H,26N2.H2S04; nama dagang, Drinamyl,Benzedrine sulphate. Hablur, berasa pahit sedikit, takat lebur melebihi 300°C (terurai), larut dalam air dan alkohol. Bahan ini digunakan untuk merawat penyakit tidur atau tidak boleh menumpukan perhatian. Kesan sampingannya termasuk gementar, tekanan darah tinggi, masalah jantung, loya, hilang selera makan dan ketagihan terhadap ubat. Dos oral ialah 5 mg - 30 mg sehari. |
phenylpropanolamine hydrochloride | fenilpropanolamina hidroklorida | Kimia | Forensik | Formula kimia, C9H13 NO.HCI; nama dagang, Phenyldrine. Serbuk berhablur putih, takat lebur 190�C - 194�C, larut dalam air dan etanol, tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Dekongestan yang digunakan untuk melegakan hidung tersumbat dan gejala selesema yang lain. Kegunaannya dihalang dalam kes tekanan darah tinggi, penyakit arteri jantung, atau alergi yang diketahui terhadapnya. Kesan sampingannya termasuk gementar, sukar tidur, hilang selera makan, dan tekanan darah tinggi. Dos terapeutik ialah 0.1 �g/mL- 0.5 �g/mL, dos toksik ialah 2 �g/mL, dos maut ialah 48 �g/mL. Sinonim midriatin. |