Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makan-

Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.


Lihat selanjutnya...(299)
Peribahasa

Anjing biasa makan tahi,
     jika tak makan mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(141)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dining room serviceperkhidmatan ruang makanPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan di bilik makan dengan berbagai-bagai cara layanan dan maklumat yang diberi seperti peralatan makan, kebersihan, etika makan, menu dan lain-lain.
feeding cyclepusingan makanPerikananTiadaKitaran waktu makan ikan bagi mendapatkan makanan secukupnya. Maklumat mengenai pusingan makan ikan dapat membantu pemancing menentukan masa yang sesuai untuk memancing ikan. Kitaran waktu makan ikan dipengaruhi oleh faktor masa tertentu seperti waktu bulan penuh atau waktu bulan sabit, waktu matahari naik atau waktu matahari terbenam, atau waktu air pasang atau waktu air surut. Contohnya, waktu matahari hampir terbenam dan waktu matahari hampir terbit merupakan masa yang paling sesuai untuk memancing kerana pada masa ini ikan sangat aktif mencari makanan.
feeding behaviourperilaku makanPerikananTiadaTabiat pemakanan kumpulan ikan tertentu berdasarkan jenis makanan, masa makan, habitat dan peringkat umur ikan. Perilaku makan boleh digolongkan kepada beberapa kategori seperti pemakan bangkai, karnivor, herbivor dan omnivor. Sinonim tabiat makan.
appetite suppressantpenekan selera makanFarmasiFarmakologi1. Agen yang mengurangkan selera makan dan biasanya digunakan dalam rawatan obesiti. Agen ini bertindak mengawal atur pusat selera makan dengan meningkatkan kepekatan serotonina atau katekolamina di bahagian otak. 2. Agen yang digunakan untuk menggalakkan pengurangan berat badan dengan mengurangkan selera makan atau meningkatkan rasa kenyang. Contohnya, sibutramina, fentermina dan fluoksetina.
disordered eatinggangguan makanMakanan dan PemakananPemakananTabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema.
anorexia nervosaanoreksia nervosaSosiologiTiadaKeadaan psikofisiologi yang mengakibatkan pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan akhirnya boleh membawa maut.
anorexia nervosaanoreksia nervosaPerubatanTiadaKeadaan psikofisiologi yang mengakibatkan pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan akhirnya boleh membawa maut.
anorexia nervosaanoreksia nervosaPsikologiTiadaKeadaan psikofisiologi yang mengakibatkan pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan akhirnya boleh membawa maut.
anorexia nervosaanoreksia nervosaPerubatanTiadaKeadaan psikofisiologi yang mengakibatkan pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan akhirnya boleh membawa maut.
anorexiaanoreksiaMakanan dan PemakananTeknologi MakananGangguan psikologi yang menyebabkan keengganan untuk makan atau kehilangan selera makan. Keadaan ini mengakibatkan individu mengalami kehilangan berat badan yang banyak, penderitaan, lemah tubuh dan penurunan kadar metabolisme asas.
12345678910...

Kembali ke atas