radio storm | ribut radio | Matematik | Tiada | Gangguan pancaran yang berpanjangan, yakni berjam-jam malah ada yang sampai berhari-hari lamanya. |
reactive current | arus beregangan | Teknik | Elektrik | arus elektrik yang tidak memberi sebarang faedah, malah menambahkan sudut fasa litar, yang mengekori atau mendahului voltan arus ulang-alik. arus ini wujud apabila sesuatu arus mengalir dalam beban pemuat atau aruhan. |
hypercorrect | lampau teliti/hiperkorek | Kesusasteraan | Tiada | Keinginan untuk mencari kebenaran sesebuah karya dan akhirnya malah merosakkan karya tersebut. |
depersonalization | depersonalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Keadaan mental yang menyebabkan individu tidak merasakan kewujudan dirinya malah merasakan dirinya seperti telah mati. Contohnya, individu menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada alat mesin yang tidak mempunyai perasaan. |
active attack | serangan aktif | Teknologi Maklumat | Tiada | Jenis serangan yang bukan sahaja melihat data atau maklumat sulit malah mengubah suai maklumat tersebut. |
current acocunt | akaun semasa | Ekonomi | Tiada | Akaun simpanan pelanggan dalam bank perdagangan yang tidak memperoleh pulangan faedah, malah dikenakan caj sekiranya tidak menyimpan suatu jumlah purata minimum yang ditentukan. Penyimpan akaun semasa boleh mengeluarkan wang simpanannya dengan mengemukakan cek yang dikeluarkan atas namanya. |
new stars/nova | bintang baru/nova | Matematik | Tiada | Bintang berubah yang kecerahannya meningkat dan memuncak dengan mendadak hingga mencapai beratus ribu malah berjuta kali ganda kecerahan asalnya. Puncak kecerahan bintang itu tidak kekal kerana ia akan kembali kepada kecerahan asalnya secara beransur-ansur dalam tempoh masa dari satu hingga tiga puluh tahun. |
inflationary universe | alam semesta menggelembung | Matematik | Tiada | Fasa yang berkemungkinan berlaku semasa alam semesta ini amat muda apabila saiznya bertambah berjuta kali ganda, malah mungkin1050 kali ganda dalam tempoh yang amat pendek. |
declarative language | bahasa pengisytiharan | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa pengaturcaraan yang membebaskan pengatur cara daripada menentukan tatacara yang tepat dan perlu diikuti oleh komputer untuk menjayakan sesuatu tugas. Malah, pengguna yang menyatakan apa yang dikehendaki pada atur cara tersebut. |
common market | pasaran bersama | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang mengintegrasikan ekonomi negara anggota pada tahap tertinggi. Aturan ini bukan sahaja menghapuskan sekatan perdagangan barangan antara negara anggota, malah menyamakan kadar sekatan terhadap barangan yang diimport dari negara bukan anggota. Kesannya, barangan boleh diimport dari satu negara anggota ke negara anggota lain tanpa perlu membayar duti import dan sekatan perdagangan yang lain. Selain itu, aturan ini menghapuskan sekatan terhadap pergerakan perkhidmatan, manusia dan modal antara negara anggota. Contohnya, penyedia perkhidmatan di sebuah negara anggota boleh memberikan perkhidmatan di negara anggota lain tanpa halangan. Demikian juga dengan orang sebenar dari satu negara anggota yang boleh tinggal dan bekerja di negara anggota lain tanpa halangan. Wang juga boleh dipindahkan dari satu negara anggota ke bank negara anggota lain tanpa sekatan. Contoh pasaran bersama ialah Komuniti Eropah (EC). |