Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radiation fogkabut sinaranSainsHidrometeorologiKabut biasa yang terbentuk di daratan pada waktu malam dan dicirikan oleh angin silir, langit terang, dan udara lembap di aras bawah atmosfera. Dua ciri pertama akan menyebabkan pembentukan songsangan sinaran. Oleh sebab kehilangan air dari udara yang bersentuhan dengan tanah sejuk adalah lebih cepat daripada kehilangan haba, tukaran golakan udara yang berkaitan dengan penyejukan adiabatik dan pemindahan ke bawah wap air secara bauran pusar diperlukan untuk menghasilkan pemeluwapan dalam lapisan yang nyata. Adanya nukleus higroskopik, seperti di kawasan industri, mempercepat pembentukan kabut dengan membenarkan pemeluwapan berlaku dalam udara tak tepu.
radiation fogkabut sinaranMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut yang biasanya terbentuk di daratan pada waktu malam yang dicirikan oleh angin silir, langit cerah, dan udara lembap di atmosfera aras bawah. Dua ciri pertama, iaitu angin silir dan langit cerah, akan menyebabkan pembentukan songsangan sinaran. Oleh sebab kehilangan air dari udara yang bersentuhan dengan tanah sejuk adalah lebih cepat daripada kehilangan haba, tukaran golakan udara yang berkaitan dengan penyejukan adiabatik, dan pemindahan wap air ke bawah secara bauran pusar, diperlukan untuk menghasilkan pemeluwapan. Adanya nukleus higroskopik, seperti di kawasan industri, mempercepat pembentukan kabut dengan membenarkan pemeluwapan berlaku dalam udara tak tepu.

Kembali ke atas