compressive force | daya mampatan | Mekanik | Gunaan | Daya yang tindakannya cenderung untuk menyusutkan dimensi jasad yang ditindaknya. Dalam analisis kekuda, misalnya, keadaan sesuatu anggota ditentukan oleh tabiat daya dalam yang bertindak pada anggota itu, iaitu sama ada daya tegangan atau mampatan. Daya mampatan menyebabkan anggota berapa dalam keadaan mampat. |
critical compression ratio | nisbah mampatan genting | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah mampatan yang paling rendah, yang membolehkan pencucuhan mampatan berlaku bagi bahan api tertentu. |
compression failure | kegagalan mampatan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | kegagalan akibat mampatan berlebihan yang selari pada arah ira, sama ada secara langsung atau kerana lenturan. Kegagalan mampatan semula jadi boleh berlaku pada pokok yang masih hidup, akibat tegasan dalaman yang disebabkan oleh hujan, salji atau tumbuhan tidak sekata. Kegagalan wujud sebagai retak-retak halus merintangi ira, dan gentian akan patah secara melintang. Kegagalan ini sukar dikesan sehingga kayu diketam. |
perpendicular-to-grain compression | pemampatan rentang ira | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses memberi tegasan mampatan ke atas kayu dengan mengenakan daya yang merentang arah ira. Tujuannya untuk menguji kekuatan mampatan kayu menguji kekuatan mampatan kayu struktur yang digunakan sebagai rasuk dan gelegar. |
crushing strength of concrete | kekuatan hancur konkrit | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kekuatan mampat yang diukur daripada ujian mampatan kiub atau mampatan selinder dan dinyatakan dalam bentuk beban per unit luas keratan, Fcu. |
compressive strength | kekuatan mampatan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perihal keupayaan jasad menahan beban bertindak untuk memampatkan spesimen atau komponen pada arah tempat daya itu bertindak, kayu yang lebih tumpat mempunyai kekuatan mampatan yang lebih tinggi daripada kekuatan mampatan kayu yang kurang tumpat. |
chest compression | mampatan dada | Perubatan | Tiada | Prosedur kecemasan yang dilakukan dengan menekan bahagian dada dengan menggunakan dua telapak tangan semasa proses resusitasi kardiopulmonari. Prosedur ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan alat khas seperti peranti mampatan aktif dan baju resusitasi kardiopulmonari. Sinonim mampatan dada tertutup. |
adiabatic compression | mampatan adiabatik | Kejuruteraan | Tiada | Mampatan plasma dalam medan magnet yang cukup perlahan untuk memungkinkan momen magnet zarah plasma malar. |
closed chest compression | mampatan dada tertutup | Perubatan | Tiada | Lihat mampatan dada. |
modulus of compression | modulus mampatan | Geologi | Tiada | Nisbah daya mampatan atau daya regangan yang dikenakan ke atas suatu bahan seunit luas permukaan terhadap perubahan isi padu bahan tersebut seunit isi padu. |