ransom attack | serangan tebusan | Teknologi Maklumat | Perisian | Serangan yang berlaku dengan menyertakan suatu atur cara atau fail pada mesej e-mel yang dihantar kepada mangsa. Sekiranya mangsa melaksanakan atur cara yang disertakan, atur cara tersebut akan menyulitkan beberapa fail dalam komputer mangsa. Kemudian, nota tebusan akan diberikan kepada mangsa. Akibatnya, mangsa tidak dapat membuka fail yang disulitkan tanpa mengetahui kekunci nyahsulit yang betul. Walau bagaimanapun, setelah wang tebusan dibayar penggodam mungkin akan menghantar atau tidak menghantar kekunci nyahsulit tersebut kepada mangsa. Serangan tebusan yang pertama telah dapat dikesan pada tahun 1989 yang dikenali sebagai PC Cyborg Trojan. Sejak tahun 2005, bilangan serangan telah meningkat seperti Gpcode, TROJ.RANSOM.A, Archiveus, Krotten, Cryzip dan MayArchive. |
barbed spear | serampang | Perikanan | Tiada | Alat menangkap ikan seperti lembing yang diperbuat daripada besi atau kayu, dan mempunyai beberapa cangkuk beruit di hujungnya. Mangsa akan tersangkut dan melekat di hujung cangkuk tersebut. Serampang mudah menembusi mangsa dan menyukarkan mangsa untuk terlepas. |
cadaveris spasm | spasma kadaver | Sains Forensik | Tiada | Kekejangan otot yang berlaku secara tiba-tiba selepas kematian. Keadaan ini dapat membantu siasatan forensik tentang aktiviti terakhir mangsa sebelum kematian. Contohnya, mangsa mati lemas yang memegang sesuatu seperti rumput atau akar dengan kuat. |
المجروح | mangsa luka | Agama Islam | Fiqh | Orang yang menjadi mangsa luka. |
ambushing predators | pemangsa hendap | Perikanan | Tiada | Ikan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu. |
dupe and tool | mangsa daya dan alat | Sejarah | Tiada | Orang yang menjadi mangsa penipuan atau alat untuk mendapatkan sesuatu oleh pihak yang berkuasa. |
abet | bersubahat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan memudahkan atau membantu secara aktif individu jenayah. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak melakukan sesuatu atau berdiam diri terhadap jenayah tersebut, maka dia tidak akan dianggap sebagai bersubahat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, konsep bersubahat dapat dilihat dalam kes Furundzija, (komandan perang di negara bekas Yugoslavia) yang dituduh bersubahat dalam melakukan jenayah seksual terhadap mangsa perang. Dalam kes ini, Anto Furundzija (si tertuduh) telah menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol dan diserang secara seksual oleh seorang individu lain. Tribunal Jenayah Antarabangsa bekas Yugoslavia memutuskan bahawa kehadiran dan perbuatan si tertuduh menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol adalah perbuatan membantu dan bersubahat dalam jenayah kerana si tertuduh memberikan bantuan, galakan dan sokongan moral kepada pesalah seksual tersebut. Furundzija telah didapati bersalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. lain dengan pengetahuan |
functional response | gerak balas berfungsi | Biologi | Ekologi | Perubahan kadar pencarian mangsa oleh seekor pemangsa hasil perubahan ketumpatan mangsa. |
treaty | triti | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian antara negara, atau antara pertubuhan antarabangsa, atau antara negara dan pertubuhan antarabangsa untuk mewujudkan hak dan tanggungjawab undang-undang kepada pihak-pihak terlibat. Triti boleh menghasilkan prinsip undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang tertentu di peringkat antarabangsa tetapi ia hanya mengikat pihak terlibat. Dalam amalan dunia moden, triti dilaksanakan dalam bentuk konvensyen yang disertai oleh negara tertentu dan kandungan undang-undang dirundingi dan dipersetujui secara bersama. Contohnya, Konvensyen Geneva, iaitu satu konvensyen yang memperuntukkan undang-undang bagi melindungi mangsa-mangsa perang. |
clinical forensic nursing | kejururawatan forensik klinikal | Sains Forensik | Tiada | Aplikasi amalan kejururawatan klinikal pada mangsa jenayah. Aplikasi ini melibatkan pengenalpastian kecederaan yang tidak dikenali pada mangsa jenayah dan membantu mendapatkan sampel biologi dan bukti-bukti untuk siasatan forensik. |