Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.pan] | ماڤن

Definisi : 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~; memapankan memantapkan, mengukuh­kan, menstabilkan sesuatu: mereka harus ber-usaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu; kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~; pemapanan perihal (proses, perbuatan) me­mapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.pan] | ماڤن

Definisi : 1 tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum; mantap: Bahasa Melayu yg sudah ~ mampu menjadi bahasa perhubungan di Nusantara. 2 sudah kukuh, stabil atau teguh (bkn kedudukan dsb); sudah dikenali ramai (bkn seseorang): Samad Said, Anwar Ridwan, dan Kemala ialah antara penulis yg sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mapan
Rujuk :mantap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sustainablemapanKejuruteraanTiadaKonsep menggunakan sumber dengan cara yang sesuai untuk memastikan sumber tersebut tahan lama.
sustainable societymasyarakat mapanKejuruteraanTiadaMasyarakat yang hidup dalam batasan yang ditentukan oleh alam semula jadi dengan mengamalkan penggunaan maksimum sumber boleh barui, kitar semula, pemuliharaan, dan kawalan kependudukan.
sustainable developmentpembangunan mapanKejuruteraanTiada1. Pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semula jadi.
sustainable developmentpembangunan mapanSosiologiTiada2. Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka.
sustainable agriculturepertanian mapanPertanianAgroteknologiSistem pertanian yang menggunakan kaedah yang mesra alam dan menggunakan sumber asli secara kitar semula, mengurangkan penggunaan bahan kimia termasuk baja, racun rumpai dan perosak. Sistem pertanian ini juga menekankan kawalan perosak dan penyakit dengan kaedah kawalan biologi dan menggunakan konsep ekologi. Selain itu, ia menekankan kualiti kehidupan petani dan masyarakat keseluruhannya dengan menghasilkan bahan pertanian yang selamat digunakan. Sinonim pertanian lestari.
sustainable environmentpersekitaran mapanKejururawatanTiadaAlam sekeliling yang dapat mengekalkan kesihatan untuk generasi akan datang.
sustainable landscapelandskap mapanLandskapTiadaLandskap semula jadi atau buatan yang dapat bertahan tanpa penjagaan yang rapi .
sustainability health programmeprogram kesihatan mapanKejururawatanTiadaRancangan kesihatan yang kukuh, mantap dan boleh digunakan secara berterusan.
sustainable agriculturepertanian lestariPertanianAgroteknologiLihat pertanian mapan.
green technologyteknologi hijauPertanianAgroteknologiKaedah penghasilan produk atau pengeluaran yang mapan, dengan menggunakan sumber yang boleh dikitar semula, bersifat mesra alam dan tidak menyebabkan pencemaran persekitaran. Dari aspek pertanian, teknologi hijau ialah sistem pengeluaran tanaman yang mengelakkan penggunaan bahan kimia sintetik sebagai baja, racun herba serta racun perosak dan agen penyakit. Sebaliknya, teknologi hijau pertanian menggunakan bahan organik daripada sisa tanaman dan haiwan sebagai baja dan menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengelakkan perosak dan penyakit. Kaedah ini dapat mengelakkan pencemaran air dengan bahan kimia daripada baja dan racun. Selain itu, amalan sistem tanaman bercampur dan tanaman berpusingan digunakan untuk mengurangkan risiko serangan perosak dan penyakit berbanding dengan tanaman tunggal.
123

Kembali ke atas