raga mas | raga mas | Kesenian | Tiada | Motif batik berunsur benda berbentuk raga yang disusun bersama motif tumbuhan dan haiwan, lazimnya terdapat pada batik sarung. |
الصداق | mas kahwin/mahar | Agama Islam | Fiqh | Mas kahwin yang mempunyai nilai pada syarak yang diberikan oleh suami kepada isteri. |
أجر المثال | upah setara/mas kahwin setara | Agama Islam | Fiqh | Pemberian mas kahwin kepada pihak perempuan yang nilainya setara dengan kedudukannya. |
أجرة المسمى | upah tersebut; mas kahwin tersebut/mahar musamma | Agama Islam | Fiqh | Pemberian mas kahwin kepada pihak perempuan yang disebut dalam majlis akad nikah. |
pompano | bawal mas | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, genus Trachinotus, iaitu sejenis ikan yang badannya berwarna kekuning-kekuningan dan pejal. Bawal mas hidup bersendirian di pesisiran pantai. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pukat jerut atau pukat hanyut. |
Ficus deltoidea | mas cotek | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai atau menumpang di atas pokok lain. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai serapat angin dan telinga beruk. Mas cotek didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga tanah tinggi sehingga lebih kurang 700 meter dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daunnya bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunganya jenis sinkonium, tumbuh keluar di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan. |
المهر | mas kahwin | Agama Islam | Fiqh | Pemberian yang diwajibkan bagi suami kepada isterinya disebabkan akad nikah atau persetubuhan. |
bride price | mas kahwin; harta hantaran | Sosiologi | Tiada | Tiada |
Ficus deltoidea | Mas cotek Serapat angin, telinga beruk | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai dan juga menumpang di atas pokok. Pokok ini didapati tumbuhan di kawasan pamah hingga tanah tinggi hingga kira-kira 700 m dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daun bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunga jenis sinkonium dikeluarkan di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan wanita yang baru melahirkan anak untuk mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan. |
مهر المثل | mas kahwin setanding | Agama Islam | Fiqh | Pemberian yang wajib diberikan kepada isteri oleh suami dengan kadar yang setanding. |