ripe | masak | Pertanian | Agronomi | Keadaan hasil tanaman seperti buah dan ubi yang telah matang dan sesuai dimakan. Hasil ini mempunyai ciri yang boleh dikenal pasti sebagai hasil yang masak melalui warna, bau dan rasa. Contohnya, buah durian yang masak berwarna hijau kekuning-kuningan dan berbau harum. Terdapat beberapa jenis buah seperti nanas dan betik yang boleh dipetik sebelum masak di pokok tetapi masak setelah disimpan dalam tempoh tertentu. |
ripening | peranuman | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Proses perubahan buah daripada keadaan belum masak kepada keadaan masak. Proses ini berlaku di atas pokok atau selepas dipetik, hasil daripada beberapa proses fisiologi atau biokimia yang memperlihatkan urutan perubahan warna, tekstur, aroma dan rasa. Proses ini akhirnya menghasilkan buah yang boleh dimakan. |
cook-freeze food | makanan masak-sejuk beku | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Makanan sudah masak dan disejukbekukan segera dengan teknik pempasteuran pada suhu � 18oC. Makanan ini disimpan pada suhu yang sama dan perlu dinyahbeku sebelum dipanaskan pada suhu lebih daripada 70oC untuk dihidang. Lihat juga makanan masak dingin. |
blotchy ripening | kemasakan sopak | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan keadaan buah yang masak tidak secara menyeluruh. Contohnya, buah tomato yang sebahagian buah sudah sempurna masak tetapi terdapat bahagian lain yang masih tidak masak. Keadaan ini berlaku akibat gangguan fisiologi yang disebabkan oleh cuaca mendung, kelembapan, kelebihan nitrogen dan kekurangan kalium. |
cook-chill | masak-dingin | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kaedah pengawetan makanan yang telah lengkap dimasak akan disejukkan dengan cepat pada suhu 3°C dan selalunya dilakukan di dapur berpusat. Dengan menggunakan kaedah masak-dingin ini, makanan boleh disimpan tidak lebih dari tiga hari sebelum dipanaskan semula untuk sedia dimakan. Contoh makanan masak-dingin ialah makanan panas yang dihidangkan di dalam kapal terbang. |
third cook | tukang masak pangkat bawahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tukang masak yang melakukan lebih banyak kerja penyediaan awal daripada memasak. |
slow cooker | periuk masak perlahan | Perkakas elektrik domestik | Tiada | Periuk yang masak secara perlahan. |
second cook | tukang masak pangkat kedua | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Orang yang menjalankan kerja masak-memasak. |
rare (a stage in cooking) | setengah masak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Makanan yang tidak dimasak sepenuhnya atau separuh masak. |
cooker | pemasak; dapur; alat masak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pemasak: Orang yang memasak atau terlibat dalam proses memasak makanan.,2. Alat untuk memasak.,Alat masak: Peranti, periuk belanga dan peralatan lain untuk memasak. |