close in | tutup sat | Kejuruteraan | Tiada | Penutupan sementara telaga yang masih mampu mengeluarkan minyak atau gas. |
falsework | penyangga sementara | Kejuruteraan | Tiada | Penyangga yang didirikan sebagai struktur sementara untuk menyokong struktur binaan yang masih di peringkat pembinaan dan akan ditanggalkan apabila kerja pembinaan tersebut selesai. |
memory | ingatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan |

falsework | topang sementara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Topang yang didirikan sebagai struktur sementara untuk menyokong struktur binaan yang masih di peringkat pembinaan dan ia ditanggalkan apabila kerja tersebut disiapkan. |
adjustable resistor | perintang boleh laras | Teknik | Elektrik | Perintang yang boleh diubah-ubah nilai rintangannya dengan melaraskan tombol perintang tersebut. Rintangan tetap masih boleh diperoleh daripada kedua-dua hujung perintang tersebut, sementara rintangan boleh ubah diperoleh di antara bahagian-bahagian bergerak dengan salah satu hujung rintangannya tetap. sinonim perintang boleh ubah. |
umra waqf | wakaf umra | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia, harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif atau warisnya. Contohnya, wakif berkata, “Saya wakafkan rumah ini kepada engkau selama mana engkau masih hidup”. |
Minnesota multiphasic personality inventory (MMPI)) | inventori personaliti multifasa Minnesota (MMPI) | Psikologi | Psikologi Umum | Alat pengukuran personaliti yang pada awalnya digunakan untuk mendiagnosis kecelaruan psikologi tetapi kemudiannya diperbaik untuk mengukur aspek personaliti ekstrem yang mempunyai simptom kecelaruan seperti paranoia, depresi dan histeria. Alat MMPI dibahagikan kepada 14 subskala. Empat yang pertama digunakan untuk mengukur kesahan, sementara sepuluh lagi digunakan untuk mengukur aspek personaliti yang berbeza. Walaupun terdapat beberapa kekurangan, MMPI masih popular dalam kalangan ahli psikologi klinikal yang menggunakannya untuk mendiagnosis kecelaruan tingkah laku. |
fitch,baulk | balak segi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Balak yang telah digergaji atau dibelah baji sama ada berbucu tajam atau tumpul, ketebalannya tidak kurang daripda 10 cm dan lebarnya melebihi 30 cm. Balak ini akan diproses selanjutnya menjadi hasil kayu lain, seperti papan gergaji, beluti, dan venir hirisan. 2. Kayu balak yang kedua-duanya permukaannya diratakan secara belah baji, sementara dua permukaan yang lain masih dalam keadaan bulat tetapi sudah tidak berkulit. |
nursing bottle caries | karies botol susuan | Pergigian | Tiada | Kejadian karies yang meluas pada gigi kanak-kanak termasuk kawasan yang jarang berkaries disebabkan pemberian minuman bergula dalam botol. Pemberian ini untuk menenangkan atau menidurkan kanak-kanak dengan membiarkan botol susu di dalam mulutnya. Kejadian ini juga boleh dikaitkan dengan pemberian makanan atau minuman bergula yang berlebihan. Jenis rawatan yang diberikan bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut dan juga status kedalaman karies tersebut. Karies botol susuan mungkin memerlukan cabutan keseluruhan gigi yang terlibat jika terlampau dalam. Sekiranya masih boleh diselamatkan, rawatan kecemasan berbentuk pengekskavatan karies dan tampalan sementara boleh dijalankan. Sinonim karies rampan |