sengkuang | sengkuang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Dracontomelumdao daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mati anak. Gubal kayu sengkuang biasanya berwarna kuning keemasan atau kuning kelabu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kelabu atau kuning kehijauan, dengan jalur coklat dan hitam. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus, bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 500 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah diproses dikemas siap, cepat mengering tetapi kurang tahan dan mudah diserang anai-anai. Kayu ini sesuai untuk kabinet, perabot, hiasan dalaman, venir hirisan, dan papan lapis. |
antithetical contradictive/antithetis contradictive | antitetis kontradiktif | Kesusasteraan | Tiada | Satu ragam gaya bahasa yang berlawanan atau berbeza. Contoh: Biar mati anak, Jangan mati adat ; Adat dipakai baru, Kain dipakai usang ; Dianjak layu, Direbus mati. |
social parasitism | parasitisme sosial | Biologi | Ekologi | Parasitisme sesuatu spesies terhadap spesies lain. Misalnya, burung mati anak, Cacomantis merulinus tidak membuat sarangnya sendiri, sebaliknya meletakkan telurnya di dalam sarang burung lain, dan apabila telur tersebut menetas, anak burung itu akan dijaga oleh induk angkatnya. |
uceng mati | uceng mati | Keris | Tiada | Bentuk ganja seperti anak ikan mati, yang mempunyai bentuk badan yang bulat dan kecil manakala kepalanya runcing. |
ideal educational endowment | endowmen pendidikan unggul | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi ini direka bentuk untuk menyediakan wang bagi pelajaran anak-anak sekiranya pencari nafkah dalam keluarga tersebut mati. |
conventional bait | umpan biasa | Perikanan | Tiada | Umpan asli yang biasa digunakan untuk memancing. Umpan biasa yang sering digunakan adalah yang terdiri daripada bahan semula jadi, sama ada hidup atau mati. Contohnya, cacing, ulat, berenga, anak-anak ikan, serangga atau daun. |
bacillary white diarrhoea | cirit-birit putih basilus | Biologi | Mikrobiologi | Penyakit yang disebabkan oleh Salmonella pullorom pada anak ayam. Anak ayam yang diserang penyakit ini cirit-birit, tidak bermaya, berhimpit-himpit, dan akhirnya mati. |
posthumous | posthumus | Sejarah | Tiada | 1. Perihal sesuatu yang berlaku selepas mati biasanya anak yang lahir selepas kematian bapanya.,2. Penulisan yang diterbitkan selepas kematian penulisnya. (SEJ) |
الربع | seperempat | Agama Islam | Fiqh | Satu perempat bahagian daripada harta (yang diterima oleh suami yang si mati tidak beranak atau diterima oleh isteri yang si mati tidak mempunyai anak). |
primipara | primipara | Perubatan | Tiada | Perempuan yang telah melahirkan anak pada pertama kali, tidak kira sama ada bayi yang dilahirkan itu hidup atau mati, dengan syarat bayi yang mati itu telah mencapai peringkat perkembangan yang berdaya hidup di dalam rahim. Sin: para I |