Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ja] | ميجا

Definisi : (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mem­punyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan seba­hagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ja] | ميجا

Definisi : /méja/ perkakas yg rata permukaannya serta diberi berkaki utk tempat makan, tempat menulis dll: ~ makan; ~ tulis. ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meja

Puisi
 

Buah jambu di atas meja,
     Sayang selasih datang baiduri;
Hilanglah ingat tidak mengapa,
     Hilang kekasih membunuh diri.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
turret boxkotak turetTeknikElektrikKotak alat tambah dalam pemasangan pembuluh di permukaan. Kotak jenis ini digunakan dalam pemasangan secara mendatar suis atau soket alur keluar, seperti pada meja-meja makmal.
light tablemeja cahayaLandskapTiadaMeja khas yang mempunyai permukaan yang diperbuat daripada bahan lut sinar seperti kaca atau plastik dan mempunyai lampu di bawah permukaan meja tersebut. Meja ini digunakan untuk melihat kertas surih , fi lem, slaid dan sebagainya yang diletakkan di atas permukaannya.
meja hidangmeja hidangKesenianTiadaTempat melakukan kerja menghubung.
butterfly tablemeja kupu-kupuKesenianTiadaMeja yang mempunyai dua daun meja yang diengselkan pada bahagian tengahnya dan boleh dilipat.
tracing deskmeja surihLandskapTiadaMeja yang berpermukaan kaca dan dilengkapi dengan lampu di bahagian bawah permukaannya. Meja ini digunakan untuk menekap pelan atau lukisan.
sawbenchmeja gergajiPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Meja yang mempunyai torak berputar dan gergaji talam untuk memotong bolak atau balak segi. 2. Meja tempat kayu digergaji.
plane tablemeja ukurArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang digunakan dalam kerja mengukur dan membuat peta. Alat ini merupakan sebuah meja melukis yang digunakan bersama alidad dan diluruskan dengan aras cecair yang terdapat pada alidad. Meja ini diletakkan di atas kaki tiga yang boleh dilaraskan sesuai dengan keadaan permukaan tanah. Meja ukur biasanya diperbuat daripada kayu. Antara kegunaannya adalah untuk melukis peta, artifak, struktur monumen dan pelan tapak.
turn tablemeja putarArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat untuk membuat tembikar yang diperbuat daripada kayu, berbentuk bulat dan terdapat lubang kecil di bahagian tengah untuk menstabilkannya. Meja ini diputar sama ada menggunakan tangan atau alat pemijak. Penggunaan meja putar meninggalkan kesan garis pada bahagian dalam dan dasar tembikar. Penggunaan ini juga menunjukkan bahawa masyarakatnya telah maju dalam pembuatan tembikar.
turntablemeja putarKesenianTiada1. Meja yang boleh diputar dan digunakan untuk meletak benda kerja.
occational tablemeja sampinganKesenianTiadaMeja kecil yang digunakan untuk sesekali sahaja mengikut keperluannya.
12345678910...

Kembali ke atas