Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.buh.kan] | ملابوهکن

Definisi : 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.buh.kan] | ملابوهکن

Definisi : 1 membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan: Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut. 2 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anchor winchwin sauhPerikananTiadaWin yang berfungsi seperti takal untuk melabuhkan dan mengangkat sauh dengan mudah dan cepat. Tali sauh yang diikatkan pada win akan ditarik ke atas apabila win digerakkan. Win ini berfungsi dengan menggunakan sistem hidraulik atau motor berkuasa elektrik. Kekuatan win bergantung pada saiz sauh yang digunakan. Sinonim kapi sauh.
anchorsauhPerikananTiadaAlat bercangkuk yang disambung pada rantai atau tali (kabel), digunakan untuk melabuhkan sampan, bot atau kapal di laut untuk sementara waktu. Pada masa dahulu, sauh diperbuat daripada kayu yang diikat pada tali, manakala kini kebanyakan sauh diperbuat daripada besi yang diikat pada kabel besi. Sauh merupakan alat penting yang menjadi suatu kemestian bagi semua sampan, bot atau kapal.
hawsertali ulupPerikananTiadaTali bersaiz besar dan berat yang digunakan untuk kerja-kerja kelautan seperti menunda dan melabuhkan kapal.

Kembali ke atas