Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.bur.kan] | ملابورکن

Definisi : meletakkan (wang) sbg modal (utk perniagaan dll): dia ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.bur.kan] | ملابورکن

Definisi : menggunakan sesuatu (wang dsb) utk tujuan melabur: Amin ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaburkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commodity funddana komoditiPentadbiran PerniagaanTiadaDana pelaburan yang melaburkan dananya dalam pasaran hadapan dengan membeli kontrak hadapan.
value marketingpemasaran nilaiPentadbiranTiadaPrinsip pemasaran yang mengatakan bahawa syarikat harus melaburkan sumbernya dalam pelaburan pemasaran yang membentuk nilai.
real estate investment trustdana pelaburan harta tanahPentadbiran PerniagaanTiadaDana pelaburan yang melaburkan wang dalam harta tanah.
unit trustamanah sahamPentadbiran PerniagaanTiadaPengurusan pelaburan yang dikendalikan oleh organisasi profesional yang melaburkan dana daripada pelabur kecil ke dalam sekuriti.
reinvestment privilagekeistimewaan pelaburan semulaPentadbiran PerniagaanTiadaKemudahan yang diberikan kepada pemegang dana amanah melaburkan semula dividen dengan menukarkannya dengan unit tambahan dana berkenaan. Hasilnya unit pemegangan akan bertambah.
mudarabah general investment accountakaun pelaburan am mudarabahEkonomiEkonomi IslamAkaun pelaburan am yang berasaskan kontrak mudarabah. Penyimpan boleh melaburkan wang selama tempoh yang ditetapkan dengan tempoh minimum 1 bulan dan dalam gandaan 3 bulan sehingga tempoh maksimum 60 bulan. Penyimpan akan memperoleh keuntungan pelaburan mengikut nisbah yang dipersetujui seperti 30:70 atau 20:80. Penyimpan tidak akan mencampuri urusan pelaburan tetapi pada prinsipnya kerugian dalam pelaburan akan ditanggung oleh para penyimpan. Namun begitu, pihak bank biasanya memberi jaminan bahawa pelaburan dalam akaun ini tidak mengalami kerugian.
disintermediationpenyahantaraanPentadbiran PerniagaanTiadaCorak aliran dana iaitu pelabur mengeluarkan dana daripada perantara kewangan, seperti pinjaman dan simpanan bank, kerana kadar faedah pasaran melebihi kadar faedah maksimum yang diberikan oleh organisasi. Pelabur akan melaburkan semula dana mereka dalam aset kewangan yang memberikan kadar faedah yang tidak tertakluk kepada had tertentu.
agency based contract for investmentakad pelaburan bersandarkan agensiEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemegang akaun pelaburan dengan bank Islam yang menggabungkan akad mudarabah dan akad wakalah. Bank bertindak sebagai mudarib dan ejen. Pemegang akaun melantik bank Islam sebagai ejen untuk melaburkan dana mereka dalam projek tertentu dengan menggunakan prinsip mudarabah. Sekiranya keuntungan melebihi tahap tertentu seperti yang ditetapkan, maka bank Islam akan mengenakan fi sebagai tambahan kepada keuntungan mudarabah. Bayaran fi merupakan insentif kepada bank Islam untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
Islamic Insurance Company Malaysia LimitedSyarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)EkonomiEkonomi IslamSyarikat pengendali takaful yang pertama di Asia dan memulakan operasinya pada 2 Ogos 1985 berasaskan kepada Akta Takaful 1984. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) ialah anak syarikat Kumpulan BIMB Holdings Berhad yang memegang 51 peratus daripada sahamnya. Prinsip asas operasi syarikat ini ialah takaful dan mudarabah. Berdasarkan prinsip takaful, syarikat memperuntukkan sebahagian tertentu daripada wang caruman peserta sebagai pembayaran manfaat atau pampasan kepada peserta yang mengalami bencana. Berdasarkan prinsip mudarabah, pihak syarikat melaburkan sebahagian lagi wang caruman peserta untuk mendapatkan keuntungan yang dikongsi bersama peserta mengikut peratus yang telah ditetapkan. Syarikat ini menjalankan perniagaan pelan takaful keluarga dan skim takaful am tanpa menggunakan sistem ejen.

Kembali ke atas