subscription price | harga langganan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Harga untuk melanggan sekuriti. |
rights | hak sisa | Pentadbiran | Tiada | Hak pemegang saham untuk melanggan saham tambahan bagi mengekalkan peratusan pemiliknya. |
pink form | borang langganan pekerja | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Borang untuk melanggan sekuriti baru yang diperuntukkan kepada pekerja syarikat yang menerbitkan isu berkenaan. |
warrant | waran | Pentadbiran | Tiada | Sekuriti yang menawarkan pemegangnya hak untuk melanggan saham biasa syarikat pada tarikh tertentu dengan harga yang telah ditetapkan. |
preemptive right | hak beli dahulu | Pentadbiran | Tiada | Hak pemegang saham biasa untuk melanggan terlebih dahulu sebarang terbitan saham baharu syarikat. |
majordomo | majordomo | Teknologi Maklumat | Perisian | Aplikasi pengurusan senarai mel yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Perl dan digunakan bersamaan dengan aplikasi pelayan mel seperti Sendmail. Aplikasi ini membolehkan pengguna melanggan sesebuah senarai mel dengan menghantar mesej yang mengandungi subjek ‘subscribe’ kepada alamat e-mel tersebut. Majordomo memudahkan pentadbir e-mel membuat proses langganan dan seliaan senarai mel secara automatik. |
listserv | listserv | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian aplikasi senarai mel elektronik yang dibangunkan pada pertengahan tahun 1980-an untuk tujuan tertentu oleh sekumpulan pengguna. Listserv akan mengimbas pesanan mel bagi perkataan “subscribe” (melanggan) dan “unsubscribe” (tarik diri pelangganan) untuk mengemas kini senarai ahli secara automatik. Apabila seorang pelanggan hantar mel kepada senarai mel ini, seluruh ahli akan menerimanya. Contoh aplikasi yang sama adalah seperti Yahoo Groups Mail. |
satellite channel | saluran satelit | Komunikasi | Tiada | Saluran sesuatu rancangan televisyen yang dipancarkan menerusi satelit. Isyarat daripada satelit akan dipancarkan ke bumi dan diterima oleh alat penerima yang kemudiannya akan disalurkan kepada pelanggan yang melanggan saluran televisyen tersebut. Contoh saluran televisyen satelit di Malaysia ialah ASTRO. |
retakaful | takaful semula | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak takaful antara sebuah syarikat pengendali takaful (syarikat terdahulu) dengan syarikat pengendali takaful lain (syarikat terkemudian). Syarikat terdahulu dikenali sebagai syarikat pemberi, manakala syarikat terkemudian dikenali sebagai syarikat penerima. Dalam kontrak ini, syarikat pemberi melanggan khidmat takaful daripada syarikat penerima bagi tujuan melindungi produk-produk takaful yang telah disertai oleh peserta syarikat pemberi, manakala syarikat penerima akan menanggung sebahagian risiko yang terdapat dalam syarikat pemberi. Oleh itu, syarikat pemberi akan membayar sumbangan tertentu kepada syarikat penerima yang berkongsi risiko berkenaan. Syarikat penerima boleh terdiri daripada syarikat takaful biasa atau syarikat takaful semula yang khas. |