Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.kah] | ملڠکه

Definisi : 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.kah] | ملڠکه

Definisi : 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Puisi
 

Pisau tunjung ke laut,
     Mari dinaik melihatlah bulan;
Apa khabar melangkah laut,
     Kamilah di rumah melihat bulan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
backward shuffleseret undurSukanTiadaPergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara. Sinonim: back slep.
back steplangkah belakangSukanTiadaPergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara. Sinonim : backward shuffle.
quick retreatundur cepatSukanTiadaPergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara.
fixed stancedirian tetapSukanTiadaCara berdiri dengan kaki depan melangkah ke hadapan terlebih dahulu sebelum hayun belakang.
semifixed stancedirian separa tetapSukanTiadaDirian hantaran yang fleksibel dengan sebelah kaki melangkah ke depan ketika menghantar bol.
tripple jumplompat kijangSukanTiadaLompatan yang memerlukan melompat sebanyak tiga kali dengan sebelah kaki, melangkah dan melompat.
side steplangkah sisiSukanTiadaMengelak tumbukan lawan atau bergerak ke arah lawan dengan cara melangkah ke sisi kiri atau kanan.
resin traybekas damarSukanTiadaBekas yang sesuai untuk mengisi damar supaya atlet dapat memijak di atasnya sebelum melangkah masuk ke platform supaya tidak tergelincir.
verbless poetrypuisi tanpa kata kerjaKesusasteraanTiadaPuisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian.

Kembali ke atas