over a third | lampau kawasan | Sukan | Tiada | Hantaran bola yang melangkaui dua suku kawasan tanpa disentuh oleh pemain. |
international relations | hubungan antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Interaksi antara negara dalam sistem antarabangsa, iaitu hubungan yang berlaku melangkaui sempadan negara. Penekanan diberikan terhadap hubungan antara negara walaupun terdapat juga aktor lain seperti pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional dan kumpulan berkepentingan transnasional yang memainkan peranan yang penting dalam sistem antarabangsa. Hubungan antarabangsa sebagai satu disiplin ilmu pula ialah pengajian tentang interaksi antara negara dan dalam kalangan negara atau sistem antarabangsa secara keseluruhannya. Disiplin ini dianggap sebagai bidang multidisiplin kerana melihat kepada aspek antarabangsa dalam politik, ekonomi, sejarah, undang-undang dan sosiologi. Selain teori hubungan antarabangsa, subbidang lain dalam disiplin ini ialah ekonomi politik antarabangsa, organisasi antarabangsa, dasar luar, pengajian strategik dan penyelidikan keamanan |
dimmerfohn | dimerfohn | Sains | Hidrometeorologi | Suatu bentuk fohn luar biasa. Semasa angin bahagian atas bertiup kencang dari selatan, suatu perbezaan tekanan sebanyak 12 mb atau lebih wujud di antara sisi selatan dan sisi utara Banjaran Alps. Ribut angin fohn kemudiannya melangkaui lurah atas dicerun utara, sampai ke tanah di bahagian bawah cerun dan masuk ke kawasan hadapan sebagai angin kencang. Dinding fohn dan kawasan kerpasan menganjur melewati puncak dan melebar melawati puncak dan melebar merentasi kawasan permukaan yang hampir tenang di lembah atas. |
horror story | cerita seram | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria. |