Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.len.tur.kan] | ملنتورکن

Definisi : menjadikan bengkok atau ber­kelok, menjadikan melentur, membengkok­kan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh di­lenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.len.tur.kan] | ملنتورکن

Definisi : membuat supaya sesuatu menjadi lentur; membengkokkan atau melengkungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentur
Kata Terbitan : melentur, melenturkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
membentukmembentukKesenianSeni BatikProses melenturkan kepingan zink atau tembaga yang sudah dipotong panjang, mengikut lakar dengan tangan dan playar untuk membuat isi sarang.
cornice brakebrek biraiKejuruteraanKejuruteraan MekanikMesin yang digunakan untuk melenturkan atau membengkokkan kepingan logam menjadi pelbagai bentuk dan sudut bengkokan. Brek birai terdiri daripada lantai tempat diletakkan kepingan logam yang hendak dilentur, daun pelentur dan pencengkam atas. Mesin ini juga dilengkapi tolok henti, yok, dan skru pengeset. Tolok henti bertindak sebagai alat yang mengehadkan jarak gerakan daun pelentur. Oleh itu, mesin dapat menghasilkan kepingan logam dengan sudut yang sama sekiranya perlu. Mesin ini amat sesuai untuk membuat kelepet tunggal, kelepet duaan, kelim kunci dan pelbagai bentuk yang sesetengahnya memerlukan penggunaan acuan untuk menghasilkannya.
formerpembentukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu atau logam yang digunakan sebagai acuan untuk melenturkan dan meratakan hasil kayu, seperti acuan lentur bagi kayu pejal dalam pembentuk perabot. Acuan ini mempunyai berbagai-bagai bentuk mengikut keperluan khusus.
iliacus muscleotot iliakusPerubatanTiadaOtot leper segi tiga, terletak pada kawasan groin, dan bertindak bersama otot psoas untuk melenturkan paha.
licenzalicenzaMuzikTiada

 Pemuzik diberi kebebasan untuk melenturkan ritma dan tem­po sesebuah karya yang dipersembahkan. Contohnya, bahagian pembukaan Prelud No. 1 daripada Three Preludes oleh Gershwin.


Kembali ke atas