Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.pa.si] | ملڤسي

Definisi : 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunas­kan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. men­cukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pa.si] | ملڤسي

Definisi : 1 menebus atau menunaikan (niat, janji dsb); membayar (hutang dsb). 2 lepas drpd sesuatu (palang, pagar dsb): Dia berjaya ~ palang yg tinggi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
readthroughpembacaan terusBiologiGenetik1. Transkripsi yang melepasi sesuatu jujukan terminator dalam DNA kerana kesilapan RNA polimerase untuk mengenali isyarat penamatan atau penceraian sementara faktor penamatan (seperti rho dalam bakteria) daripada jujukan penamatan. 2. Terjemahan yang melepasi kodon penamatan rantai (pemberhentian) sesuatu mRNA seperti dilakukan oleh tRNA supersor tak bererti.
benchmark testuji tanda arasTeknologi MaklumatTiadaProses menilai sesuatu perisian/perkakasan sama ada melepasi aras keupayaan minimum yang ditetapkan atau mengatasi prestasi perisian/perkakasan yang lain. Misalnya keupayaan komputer diuji sama ada mampu melepasi tanda aras ‘pemprosesan 24 jam terus menerus tanpa penyaman udara’.
plumeplumKejuruteraanTiada2. Salji yang ditiup melepasi puncak gunung.
penetrationpenembusanTeknologi MaklumatTiadaTindakan yang berjaya melepasi mekanisma keselamatan sistem.
overhead structurestruktur atasLandskapTiadaBinaan yang melepasi ketinggian manusia yang digunakan untuk berlindung daripada hujan dan matahari sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Contohnya, bumbung, atap, pergola, punjung dan sebagainya.
breakthroughbulusSejarahTiadaTindakan atau perbuatan menerobos atau melepasi sesuatu halangan, sekatan atau pemeriksaan.
throughputjumlah lepasKejuruteraanTiada1. Kuantiti bahan yang melepasi loji pada masa atau keadaan tertentu.
flybylintas terbangAeroangkasaTiadaPenerbangan di angkasa yang melepasi jasad samawi tanpa mengorbit.
through falljatuh telusPertanianTiadaBahagian air hujan yang melepasi atau menitis dari kanopi tumbuhan dan jatuh ke tanah.
cutoff energytenaga penggalanKejuruteraanTiadaNilai tenaga yang dapat melepasi tapis pengesan tanpa mengubah gerak balas pengesan tersebut.
123456789

Kembali ke atas