Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.pas.kan] | ملڤسکن

Definisi : 1. membiarkan lepas, mem­bebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), men­jadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak­-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerah­kan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. meng­uraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksud­nya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing­-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pas.kan] | ملڤسکن

Definisi : 1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Peribahasa

Melepaskan anjing tersepit,
     sudah lepas dia menggigit.

Bermaksud :

Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
escape traininglatihan melepaskan diriPsikologiPsikologi UmumLatihan kepada haiwan atau organisma untuk melepaskan diri daripada rangsangan yang berbahaya atau menyakitkan. Contohnya, tikus dalam kotak shuttle diberi peluang untuk melepaskan diri dengan melompat ke ruang yang lebih selamat.
bleed airudara jujuhAeroangkasaTiadaSatu proses melepaskan udara dari enjin.,Alat yang menutupi antena radar di bahagian muncung pesawat udara.,Satu proses melepaskan udara dari enjin.
bomb doorpintu bomAeroangkasaTiadaPintu pada pesawat pengebom yang dikhaskan untuk melepaskan bom.,Sejenis enjin yang terdiri daripada peresap, kebuk pembakaran dan muncung. Ia hanya boleh beroperasi pada kelajuan tinggi dan kecekapan optimumnya akan diperoleh apabila nombor Mach sekitar 2.5 dicapai.,Pintu pada pesawat pengebom yang dikhaskan untuk melepaskan bom.
washoverbasuh keluarKimiaTiada1) Kendalian yang dilakukan untuk melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh. paip basuh yang digunakan mesti mempunyai garis pusat luar yang cukup kecil untuk membolehkan paip basuh masuk serta sesuai dengan garis pusat lubang gerudi dan garis pusat dalam yang cukup besar supaya boleh muat serta padan dengan garis pusat luar batang gerudi atau tetiub yang terlekat. 2) Melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh.
washoverbasuh keluarKejuruteraanPetroleum1) Kendalian yang dilakukan untuk melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh. paip basuh yang digunakan mesti mempunyai garis pusat luar yang cukup kecil untuk membolehkan paip basuh masuk serta sesuai dengan garis pusat lubang gerudi dan garis pusat dalam yang cukup besar supaya boleh muat serta padan dengan garis pusat luar batang gerudi atau tetiub yang terlekat. 2) Melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh.
escapism conditioningpelaziman lepas diriPsikologiPsikologi UmumAspek penting dalam penyelidikan pelaziman operan yang dikaitkan dengan peneguhan negatif. Dalam penyelidikan ini, haiwan akan dilatih untuk melepaskan diri atau menghindari sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya. Contohnya, tikus akan diberi isyarat terlebih dahulu dalam bentuk bunyi atau lampu yang menandakan denda akan dikenakan padanya. Oleh sebab itu, haiwan tersebut mempunyai peluang untuk melepaskan diri. Hal ini kerana lazimnya setiap organisma mahu melepaskan diri daripada sesuatu yang negatif.
enlevezenlevezMuzikTiada

 Arahan kepada pemuzik supaya melepaskan pedal untuk papan nada atau menanggalkan peredam bunyi untuk alat muzik tiupan. Contohnya. enlevez la pedale yang bermaksud melepaskan pedal.

relinquishmelepaskanUndang-undangTiadaTiada
exoneratemelepaskanUndang-undangTiadaTiada
exoneratemelepaskanSejarahTiadaPerbuatan membebaskan seseorang daripada tuduhan atau dakwaan atau kesalahan daripada segi undang-undang.
12345678910...

Kembali ke atas