1-2 heat exchanger | penukar haba 1?2 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang. |
commissure | komisur | Perubatan | Tiada | 1. Suatu jalur transvers serat saraf yang melewati garis tengah dalam sistem saraf pusat. |
arcuate artery | arteri arkuat | Perubatan | Tiada | 1. Cabang arteri dorsalis pedis yang melewati secara lateral melintasi tulang-tulang metatarsus pada dorsum kaki. 2. Salah satu cabang utama arteri interlobus buah pinggang. |
Stokes� law of self-diffusion coefficient | hukum pekali resapan diri Stokes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pekali resapan diri zarah yang berbentuk sfera, yang bergaris pusat d yang dijelaskan sebagai: D = 1/apbdh, b = (kBT)-1, dengan D = pekali resapan diri, T = suhu, p = kelikatan ricih, a = 2 jika bahan melarut melewati pelarut, a = 3 jika bahan melarut melekat pada pelarut. |
Tomotika-Imai flow | aliran Tomotika-Imai | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Cf = 2? [1 � (S2 -S-5/12) Re/128S � (S4 � S3/12 + 23S2/24- 133S/360-5/144)(Re2/ 128S)2 ], Aliran bendalir pada keadaan 2 < Re < 500 yang melewati plat mendatar dengan melinearkan komponen inersia. Ungkapan pekali seret geseran kulit purata yang diperoleh ialah dengan Cf = pekali seret geseran kulit purata, S = 1 � ?- In (Re/16), ? = pemalar Euler, Re = nombor Reynolds. |
Strouhal number | nombor Strouhal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor yang mencirikan frekuensi bunyi yang dihasilkan apabila sesuatu gas melewati objek berbentuk silinder pada halaju tertentu. Frekuensi bunyi itu bergantung pada halaju gas yang ditiupkan dan diungkapkan sebagai dengan w = frekuensi (s-1), D = garis pusat (m), u0 = halaju bendalir aliran bebas (m/s). |
Yuge equation | persamaan Yuge | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang menggunakan konsep yang serupa dengan Blausius bagi menyelesaikan aliran lapisan sempadan nipis yang melewati sfera kecuali profil halaju di luar lapisan sempadan menurut ungkapan berikut: = - 1.398095q3 � 0.0419q5, dengan ux = halaju lapisan sempadan nipis, u� = halaju aliran bebas, q = sudut kutub sfera. Kaedah ini menghasilkan Re1/2 = 3.0671q - 0.98786q3 � 0.23143q5, dengan tw = tegasan ricih dinding, r = ketumpatan, Re = nombor Reynolds. Tegasan dinding sifar pada q = 1.44 rad. Purata pekali seret geseran yang diperoleh ialah = 1.8065/Re1/2. |
Richardson-Zaki equation | persamaan Richardson-Zaki | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang menghubungkan halaju superfisial bendalir dengan halaju terminal bagi pengaliran yang melewati sfera di dalam turus sebagai ue/ut = en, dan eksponen n di korelasikan dengan nombor Reynolds sebagai Re = D ut r/m, seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah. Re n <0.2 4.65 + 20 Dp/D 0.2 � 1.0 (4.4 + 18 Dp/D) Re-0.5 1 � 200 (4.4 + 18 Dp/D) Re-0.1 200 � 500 4.4 Re-0.1 > 500 4.4 dengan Re = nombor Reynolds, ue = halaju superfisial, ut = halaju terminal, e = keronggaan, r = ketumpatan, m = kelikatan, D = garis pusat turus, Dp = garis pusat zarah. |
frictional local drag coefficient | pekali seret geseran tempatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pekali seret bagi aliran yang melewati jasad tenggelam atau terapung. Pekali ini adalah sepadan dengan faktor geseran yang digunakan bagi aliran di dalam saluran tertutup, seperti paip atau tiub dan saluran terbuka, seperti longkang atau sungai. Pekali seret tempatan diungkapkan sebagai atau sebagai dengan tw = tegasan ricih dinding (Pa)3, r = ketumpatan (kg/m2), = halaju purata aliran bebas (m/s), gc = 1 kg/m/N s2. |
Blausius solution of sphere | penyelesaian sfera Blausius | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penyelesaian bagi keadaan aliran lapisan sempadan nipis yang melewati sfera. Tegasan ricih dinding yang diperoleh daripada analisis ini ialah (Rujuk m/s 288) dengan tw = tegasan ricih dinding, r = ketumpatan, Re = nombor Reynolds, u� = halaju aliran bebas, q = sudut kutub. Tegasan ricih dinding sifar pada q = 1.9136 rad dan purata pekali seret geseran C� yang diperoleh ialah C� = 3.4660 / Re1/2. |