accident (aircraft) | kemalangan (pesawat udara) | Aeroangkasa | Tiada | Kemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang.,Kemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang. |
vertical integrated farming | perladangan integrasi menegak | Veterinar | Tiada | Sistem perladangan yang melibatkan beberapa operasi yang melibatkan pengeluaran baka, pengeluaran anak untuk pedaging atau penelur, pemeliharaan pedaging dan penelur, penghasilan telur atau daging serta pengeluaran produk hiliran seperti burger atau sosej. Di samping itu, sistem perladangan ini juga menjalankan operasi penghasilan makanan ternakan. Di Malaysia, terdapat ladang yang menjalankan kesemua operasi tersebut dan terdapat juga ladang yang menjalankan hanya sebahagian sahaja operasi dalam sistem ini. |
two-tier mudarabah | mudarabah dua tahap | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kemudahan mudarabah yang melibatkan tiga pihak, iaitu penyimpan, bank dan pengusaha melalui dua akad mudarabah yang berasingan. Akad mudarabah pertama melibatkan penyimpan dengan pihak bank. Akad mudarabah kedua pula, melibatkan pihak bank dengan pengusaha. Keuntungan atau kerugian akad kedua dikongsi oleh bank dan pengusaha. Bank berkongsi keuntungan atau kerugian akad mudarabah kedua dengan penyimpan berasaskan persetujuan dalam akad mudarabah pertama. |
programme implementation | pelaksanaan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan. |
aeronautics | aeronautik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Bidang sains yang melibatkan kajian, reka bentuk, pembuatan ujian dan operasi pesawat udara, peluru berpandu dan, satelit. Bidang ini melibatkan mekanik bendalir, sains bahan, analisis struktur, pendorongan, elektronik, kawalan dan panduan automatik. |
pedodontic treatment triangle | rawatan segi tiga pedodontik | Pergigian | Tiada | Konsep rawatan pergigian yang melibatkan kanak-kanak, perawat dan ibu bapa. Perawat harus melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa dalam rawatan pergigian dan kaunseling. Hubungan ini adalah dalam suasana yang dinamik. Walau bagaimanapun, tumpuan utama perlu diberikan kepada pesakit kanak-kanak tersebut. |
development management | pengurusan pembangunan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Aktiviti yang melibatkan usaha merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal perjalanan sesuatu projek atau program untuk memajukan negara. Usaha ini melibatkan semua anggota yang berada di dalam organisasi dan pihak yang berkepentingan untuk sama-sama berusaha ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurusan pembangunan bermula dengan perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penilaian. Biasanya tanggungjawab pengurusan pembangunan akan diserahkan kepada sesebuah organisasi yang berkaitan dengan bidang tugasnya. Sebagai contoh, Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab dalam pengurusan pembangunan jalan-jalan raya di Malaysia. |
manifestation | manifestasi; pernyataan; penjelmaan; petanda | Kesenian | Tiada | 1. Bentuk seni pada pertengahan 1950an yang melibatkan kelakuan pelukis atau menonton secara langsung.,2. Seni yang melibatkan perlakuan diri oleh seniman atau orang ramai |
communication process | proses komunikasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu siri tindakan berkongsi maksud melalui penyampaian mesej-mesej yang simbolik. Ia juga membawa maksud satu tindakan perkongsian maklumat antara seseorang dengan orang lain. Proses komunikasi melibatkan tiga aspek utama iaitu, (i) Komunikasi melibatkan manusia yang berhubung antara satu sama lain, (ii) Komunikasi melibatkan maksud yang dikongsi bersama, dan (iii) Komunikasi melibatkan simbol seperti gerakan, bunyi, huruf, nombor dan perkataan. Proses komunikasi secara keseluruhannya terbentuk melalui beberapa bahagian iaitu pengirim (sumber komunikasi), enkod (penukaran mesej kepada beberapa bentuk simbolik), mesej (produk fizikal sebenar yang hendak disampaikan), saluran (satu pengantara yang dipilih untuk memindahkan mesej), dekod (proses menterjemah simbol yang dihantar oleh pengirim kepada penerima dalam bentuk maklumat yang bermakna), penerima (individu yang akan mendekod simbol yang diterima) dan maklum balas (semakan hasil komunikasi). Dalam proses komunikasi terdapat gangguan yang dikenali sebag |
air navigation | pandu arah udara/navigasi udara | Aeroangkasa | Tiada | Satu bidang sains yang melibatkan tempat dituju, laluan yang dipilih dan jarak penerbangan.,Satu bidang sains yang melibatkan tempat dituju, laluan yang dipilih dan jarak penerbangan. |