industrial fire insurance | insurans kebakaran industri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans kebakaran yang melindungi harta perniagaan, berbeza dengan insurans kebakaran yang melindungi harta individu. |
nonoccupational insurance | insurans bukan pekerjaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans kesihatan yang melindungi kemalangan tidak dikaitkan dengan sebarang pekerjaan atau penyakit. Polisi ini tidak melindungi hilang upaya yang disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang dilindungi di bawah Insurans Pampasan Pekerja. |
ablative polymer | polimer ablatif | Kejuruteraan | Polimer | Bahan polimer yang digunakan untuk melindungi sesuatu daripada haba yang dijana oleh geseran atmosfera. Misalnya, bahan yang digunakan untuk melindungi kapal angkasa lepas ketika memasuki lapisan atmosfera bumi. |
disk cover | tudung cakera | Komputer | Tiada | 1. Penutup pada pek cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. 2. Penutup pada bekas cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. |
debit life insurance | insurans hayat debit/ insurans nyawa debit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans kebakaran yang melindungi harta perniagaan, berbeza dengan insurans kebakaran yang melindungi harta individu. |
rain insurance | insurans hujan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi pihak yang diinsuranskan daripada kerugian berikutan pembatalan sesuatu acara yang diadakan di kawasan lapang disebabkan hujan. Polisi jenis ini biasanya melindungi kerugian pendapatan. |
road risk insurance | insurans risiko jalan raya | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans peniaga motor yang melindungi kenderaan di atas jalan raya atau semasa dalam perjalanan. Polisi ini tidak melindungi kenderaan di premis peniaga. |
protecting power | kuasa pelindung | Sejarah | Tiada | Kuasa yang dimiliki oleh pihak yang berkuasa dan lebih kuat untuk melindungi pihak yang lemah umpamanya negara penjajah yang melindungi negara yang dijajah. |
Clipper chip | cip Clipper | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Alat penyulitan dalam bentuk litar bersepadu yang bertujuan melindungi komunikasi suara dan data. Alat ini membolehkan sesiapa sahaja melindungi komunikasi tetapi pada masa yang sama membenarkan agensi kerajaan memperoleh kekunci penyulitan daripada suatu agensi eskrow kekunci sekiranya siasatan perlu dijalankan. Alat ini boleh dibenamkan pada peranti komputer seperti papan ibu, kad antara muka rangkaian, modem dan pencetak. |
laminar flow | aliran lamina | Farmasi | Farmaseutik | Keadaan bendalir yang mengalir secara bergaris arus dalam beberapa lapisan selari. Aliran lamina biasanya digunakan di dalam kabinet untuk melindungi produk farmaseutik daripada sebarang pencemaran atau melindungi operator daripada bahan yang dikendalikan. |