corak melintang | corak melintang | Kesenian | Tiada | Corak tembikar berunsur geometri berbentuk garis melintang. |
potong wajik melintang | potong wajik melintang | Kesenian | Tiada | Corak tekat yang berunsur geometri yang mengambil bentuk potongan kuih wajik secara melintang. |
Q wave | gelombang Q | Geologi | Tiada | 1. Gelombang melintang yang merambat di sepanjang sempadan dua medium kenyal yang kedua-duanya mempunyai ketegaran, iaitu kedua-dua medium mesti berkeupayaan untuk merambatkan gelombang melintang.,2. Gelombang seismos permukaan yang zarah-zarah daripada suatu medium kenyalnya bergetar melintang dengan arah pergerakan gelombang. |
cross deck | geladak melintang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Bahagian yang memegang stereng yang dikimpal melintang di ruang hadapan tempat pemandu. |
cross deck | geladak melintang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang memegang stereng yang dikimpal melintang di ruang hadapan tempat pemandu. |
transverse magnetic mode | mod magnet melintang | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Mod gelombang magnet melintang tertentu yang merambat di dalam pemandu gelombang atau rongga. |
transverse electromagnetic mode | mod elektromagnet melintang | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Mod rambatan gelombang elektromagnet melintang tertentu di dalam pemandu gelombang atau rongga. |
wave impedance | impedans gelombang | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Nisbah komponen melintang medan elektrik terhadap komponen melintang medan magnet pada setiap titik dalam satah tertentu bagi suatu pemandu gelombang. |
heterogenous ray | ruji heterogen | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ruji dalam kayu keras yang tisunya terdiri daripada sel ruji melintang dan sel ruji tegak, atau sel ruji melintang dan sel ruji segiempat. |
plate | plat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Peralatan berbentuk keratan nipis dan berliang yang diatur secara melintang dan bersiri di dalam turus penyulingan dan penyerapan. Wap bergerak ke atas menerusi liang lalu bersentuh dengan cecair yang mengalir melintang di atas permukaan plat bagi menghasilkan pemindahan jisim di antara kedua-dua fasa. Antara jenis plat yang boleh didapati adalah jenis liang dan tukup gelembung. |