lobbying | melobi | Geografi | Tiada | Tiada |
lobbying | melobi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
elevator pitch | melobi singkat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
grey lobby | pelobi warga tua | Gerontologi | Tiada | Individu atau kumpulan orang yang melobi pihak tertentu untuk kepentingan warga tua. |
advocacy approach | pendekatan pembelaan | Pengurusan | Perancangan | Aktiviti atau tindakan seseorang atau kumpulan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan sama ada melalui cara politik, ekonomi, media mahupun pengaruh sosial. Tindakan ini dilakukan untuk memenuhi kepentingan diri atau kumpulan yang disokong. Contohnya, syarikat yang melobi pihak berkuasa untuk menghalang usul perundangan yang boleh menjejaskan prestasi syarikatnya. |
organizational politic | politik organisasi | Pengurusan | Perancangan | Aktiviti yang membabitkan penggunaan pengaruh peribadi dalam usaha untuk mencapai kepentingan diri sendiri dan kepentingan jabatan. Politik organisasi lazimnya berpunca daripada faktor-faktor seperti kekurangan sumber, kekangan masa, ketidakadilan, persaingan dan juga motivasi peribadi seseorang individu. Contohnya, seorang pengurus pengeluaran yang melobi dan mempengaruhi pengurus kewangan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih tinggi bagi projek pembangunan produk. |
pressure group | kumpulan pendesak | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja tindakan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mencapai hasrat dan matlamat mereka. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kumpulan ini untuk kepentingan awam namun, secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, bahasa, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat atau memorandum kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan pelbagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Kongres Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), K |