Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lom.pat] | ملومڤت

Definisi : mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lom.pat] | ملومڤت

Definisi : bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sudah melompat ke dalam kolah,
     Kolah itu bernama perigi;
Saya tidak berhati resah,
     Sebab kita sudah berjanji.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Naik melompat,
     turun terjun.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tripple jumplompat kijangSukanTiadaLompatan yang memerlukan melompat sebanyak tiga kali dengan sebelah kaki, melangkah dan melompat.
aerial trapperangkap udaraPerikananTiadaPeralatan menangkap ikan berbentuk sekeping pukat, yang dipasang merentang dari atas bot untuk memerangkap ikan yang melompat keluar dari air. Ikan dirangsang supaya melompat keluar ke arah pukat dengan menggunakan cahaya atau mengetuk air dengan alat pemukul. Peralatan ini digunakan untuk menangkap beberapa spesies ikan yang mempunyai tabiat suka melompat keluar dari air.
leapingmelompatPendidikanTiadaTiada
skipping grademelompat darjahPendidikanTiadaTiada
skipping classmelompat darjahPendidikanTiadaTiada
chromosome jumpingmelompat kromosomBiologiGenetikTeknik biologi molekul yang menggunakan aberasi kromosom sebagai tapak memasuki suatu lokasi pada kromosom.
jumping conductorpengalir melompatKejuruteraanTiadaTiada
jumping genesgen melompatBiologiGenetiklih. transposon.
jumping (in line-out)melompat (dalam barisan lemparan masuk)PendidikanTiadaTiada
accelerated promotionkenaikan pangkat melompatPentadbiranTiadaTiada
123456

Kembali ke atas