hartal | hartal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan melumpuhkan semua aktiviti kerja seperti mengadakan mogok oleh pekerja perusahaan atau kakitangan kerajaan, menutup kedai oleh pemiliknya, ponteng sekolah atau universiti oleh pelajar dan pemberhentian semua transaksi pemiagaan seperti bank, saham, insurans dan sebagainya. Dengan tindakan ini, industri dan pengeluaran negara menjadi lumpuh serta memberi implikasi bahawa kerajaan yang sedang memerintah tidak mendapat sokongan dan didesak untuk meletakkan jawatan. Tindakan ini biasanya dilakukan di Asia Selatan terutama di India, Sri Lanka dan Bangladesh. Contohnya, tindakan melumpuhkan pentadbiran British oleh gerakan menuntut kemerdekaan India di bawah pimpinan Mahatma Gandhi. |
muscle relaxant | relaksan otot | Perubatan | Tiada | Ubat yang digunakan untuk melumpuhkan otot skeletal bagi memudahkan intubasi, ventilasi dan pembedahan. Contohnya, Succinylcholine, rokuronium dan atrakurium. |
phrenicotomy | frenikotomi | Perubatan | Tiada | Pembedahan untuk memutuskan saraf frenik dan cabangnya bagi melumpuhkan diafragma. |
taser gun | senjata renjat | Umum | Tiada | Senjata berarus elektrik rendah yang digunakan untuk melumpuhkan sementara penjenayah. |
antihelminthic | ubat cacing | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat yang digunakan untuk merawat infestasi cacing dengan melumpuhkan atau membunuh cacing. Cacing ini kemudiannya keluar bersama najis. Terdapat pelbagai jenis ubat cacing yang berkesan untuk kebanyakan jenis cacing atau yang khusus untuk cacing tertentu sahaja. Pengambilan ubat cacing akan menyebabkan kurang selera makan, pening dan loya. Ubat cacing boleh didapati dalam bentuk tablet atau sirap (cecair). Contohnya, Albendazol dan Pyrantel Pamoate. Sinonim antihelmin. |
insect�s poison | racun serangga | Biologi | Entomologi | Bahan yang dikeluarkan oleh serangga untuk membunuh atau melumpuhkan mangsanya, atau dengan kepekatan yang lebih rendah, bahan ini dikeluarkan oleh serangga untuk menjauhkan musuhnya. Bahan ini dikeluarkan sama ada melalui ovipositor, misalnya oleh lebah atau penyengat, atau dengan cara dipancutkan, misalnya oleh semut tertentu. bd. insektisid. |
cyberattack | serangan siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Sebarang percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana individu, pihak atau organisasi untuk mengambil kesempatan dengan mendedahkan, mengubah, melumpuhkan, memusnahkan, mencuri atau mendapatkan akses tanpa izin yang menyasarkan sistem komputer atau jaringan komputer dengan menggunakan satu atau lebih komputer penyerang. |
cyber war | perang siber | Umum | Tiada | Perang yang menggunakan teknologi komputer dan Internet untuk memusnahkan sesebuah organisasi atau negara, terutamanya dengan cara perang saraf melalui alam siber atau melumpuhkan sistem komunikasi dan prasarana siber. Sinonim cyber warfare. |
cyber warfare | perang siber | Umum | Tiada | Perang yang menggunakan teknologi komputer dan Internet untuk memusnahkan sesebuah organisasi atau negara, terutamanya dengan cara perang saraf melalui alam siber atau melumpuhkan sistem komunikasi dan prasarana siber. Sinonim cyber war. |
chemical warfare | peperangan kimia | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan berlawan yang menggunakan bahan kimia atau bahan beracun sebagai senjata. Contohnya, gas mustard dan gas sarin, iaitu bom asap kimia yang digunakan untuk melumpuhkan sistem saraf. |