meme | mem | Biologi | Genetik | Pewarisan yang dipengaruhi oleh budaya melalui peniruan dan bukan oleh unsur genetik, misalnya fesyen. |
tabl | tabl | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Badannya diperbuat daripada kayu dan berbentuk silinder. Tabl mempunyai dua muka kulit yang dipukul dengan pemukul kayu. Alat muzik yang terdapat di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara ini menghasilkan rentak dalam muzik rakyat dan klasik. Tabl juga dikenali sebagai tebl. |
taiko | taiko | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluh alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan berbentuk silinder yang cetek. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali tebal. Taiko diletakkan secara mendatar di dalam rak dan hanya satu permukaan kulitnya dipukul dengan sepasang kayu. Taiko yang terdapat di Jepun dimainkan dalam orkestra untuk teater tradisional, seperti teater noh dan kabuki. |
gendang | gendang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia. |
jidur | jidur | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Jidur ialah dram berbentuk tong pendek yang cembung. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara dan boleh didapati dalam pelbagai saiz. Alat muzik ini mempunyai satu atau dua permukaan kulit yang dipukul dengan pemukul kayu. Jidur dimainkan dalam ensembel muzik seperti kuda kepang oleh masyarakat berketurunan Jawa di selatan Semenanjung Malaysia. |
visual amenity | ameniti visual | Landskap | Tiada | Kemudahan yang disediakan di sesuatu kawasan bagi mem berikan keselesaan pandangan seperti kolam, air pancutan , lampu taman pelbagai bentuk dan warna yang digunakan di kawasan tersebut. |
rebana redap | rebana redap | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana redap yang bersaiz sederhana atau besar dimainkan dalam ensembel main puteri di Kelantan. Lihat juga rebana. |
flash point | titik kilat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Suhu terendah yang menyebabkan suatu cecair boleh mem- bentuk campuran yang boleh terbakar di permukaannya. Titik kilat digunakan sebagai ukuran kebolehbakaran suatu bahan api cecair yang mempengaruhi operasi sesebuah enjin, mudah di- cucuh, kadar perambatan nyala selepas dicucuh dan kesukaran memadamkannya. Contohnya, petrol mempunyai titik kilat - 60°C sementara etilina glikol mempunyai titik kilat 111°C. Bagi diesel, titik kilat ditentukan mengikut piawaian sesebuah negara. Contohnya, Negara Kesatuan Eropah menentukan titik kilatnya pada suhu minimum 55°C. |
joint | sambungan | Alam Bina | Tiada | Hubungan yang dibuat khas antara dua bahagian bangunan untuk mem- bentuk bucu, memanjang atau melebarkan sesuatu permukaan. |
secure socket layer (SSL) | lapisan soket selamat (SSL) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol keselamatan yang mem- benarkan komunikasi antara pelayan dengan aplikasi pelanggan seperti pelayar web. SSL bertindak sebagai antara muka antara aplikasi dengan protokol TCP/IP bagi menyediakan penyahihan pelayan dan pelanggan serta saluran komunikasi yang disulitkan antara pelayan dan pelanggan. Pelanggan dan pelayan bersetuju untuk menggunakan sekumpulan penyulitan untuk sesi penyulitan dan pencincangan. Contohnya, algoritma penyulitan yang digunakan ialah DES, SHA-J atau RC4 dengan kekunci 128 bit dan MD5. Sinonim keselamatan lapisan pengangkutan (TLS). |