Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.car.kan] | ممانچرکن

Definisi : 1. memancutkan atau me­mancurkan deras-deras (air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2. mengeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), menge­luarkan (sesuatu): bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.car.kan] | ممانچرکن

Definisi : 1 mengeluarkan sesuatu dgn deras; memancutkan: Di sana sini, terdapat beberapa buah telaga yg ~ air bercampur minyak tanah. 2 mengeluarkan sinar atau cahaya: Matahari mula ~ cahayanya. 3 menghebahkan atau menyiarkan melalui radio, televisyen dll: Televisyen Malaysia ~ warta berita pd pukul lapan malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancar
Kata Terbitan : berpancaran, memancar, memancarkan, terpancar, pancaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gamma decaypereputan gamaFizikAtom dan NuklearPeralihan kuantum antara dua paras tenaga nukleus dengan memancarkan sinaran gama. Contohnya, natrium-24 mereput kepada magnesium-24 dengan memancarkan sinaran gama. Sinonim pemancaran sinar gama.
radiatorradiatorKejuruteraanTiada1. Mana-mana peranti, unit, atau permukaan yang memancarkan haba, terutamanya dengan sinaran, kepada objek-objek yang berada di ruang tempat ia ditempatkan.,2. Sebahagian daripada sistem penyejukan enjin yang melaluinya haba pembakaran yang berlebihan dibuang ke atmosfera melalui perolakan paksa menggunakan cecair yang beredar.,3. Peranti untuk memanaskan bahagian dalam kenderaan sebagai sebahagian daripada sistem pemanasan kenderaan.,4. Mana-mana bahagian antena yang memancarkan gelombang elektromagnet.
illuminatememancarkan cahayaFizikTiadaTiada
activeaktifKejuruteraanTiada2. Keupayaan memancarkan sinaran.
electronogenelektronogenKejuruteraanTiadaMolekul yang memancarkan elektron apabila digemerlapkan.
radiatorpenyinarFizikHabaJasad yang memancarkan tenaga sinaran.
luminophoreluminoforKejuruteraanTiada1. Bahan yang memancarkan cahaya pada suhu bilik.,2. Sekumpulan atom yang dapat membuatkan sebatian pendarkilau.
broadcastingpenyiaranKomunikasiTiadaAktiviti mengadun dan memancarkan rancangan-rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog, satelit atau kabel.
televisiontelevisyenPendidikanTiadaCara menyiarkan dan memancarkan gambar gerak dan bunyi dari jarak jauh pada kelir atau kaca peti.
electrodeelektrodPerubatanTiadaPeranti elektrod yang mengumpulkan, memancarkan, atau memesongkan elektron atau sebarang pembawa cas yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas