Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.dang] | ممندڠ

Definisi : 1. menggunakan mata utk me­ngetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan per­hatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) mengang­gap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, me­mikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.dang] | ممندڠ

Definisi : 1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
this office view this matterpejabat ini memandang perkara iniPentadbiranTiadaTiada
hypotropiahipotropiaPerubatanTiadaStrabismus, iaitu sebelah mata memandang ke bawah.
beholderpemandangSejarahTiadaSeseorang yang melihat, memerhati atau memandang sesuatu perkara atau peristiwa dengan begitu halus dan teliti.
cynicalsinisKesusasteraanTiadaBersifat sinis, jahat mulut, busuk hati, bisa mulut dan memandang rendah.
visual fieldmedan penglihatanPerubatanTiadaKawasan paling maksimum yang dapat dilihat semasa mata memandang lurus ke hadapan.
side runninglarian sisiSukanTiadaPerbuatan berlari dengan bergerak ke arah sisi dalam keadaan muka memandang ke arah depan.
viewing platformpelantar pandangLandskapTiadaPelantar atau pentas yang dibina khas bagi tujuan melihat atau memandang ke arah sesuatu.
stroboscopestroboskopFizikOptikAlat yang mengeluarkan kilatan cahaya secara berkala atau terdiri daripada cakera berlubang yang berputar untuk memandang objek secara berkala. Biasanya digunakan untuk menentukan frekuensi gerakan berkala.
eye-contacthubung pandangKesenianDrama dan TeaterLagak gaya pelakon yang biasanya pelakon utama untuk meyakinkan perkara yang sedang dilafazkan dengan memandang tepat pada seseorang penonton.
egoismegoismeKesusasteraanTiadaSikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego.
12

Kembali ke atas