matte surface | permukaan kusam | Kesenian | Tiada | Sifat permukaan citra yang tidak licau, sama ada kerana bahan sapuannya tidak licau atau citra sudah dimakan usia atau memang disengajakan oleh pelukis. |
congenitally missing tooth | ketiadaan gigi kongenital | Pergigian | Tiada | Gigi yang tidak terdapat pada rahang sama ada dalam atau luar tulang mandibel atau maksila. Ketiadaan gigi ini bukan disebabkan cabutan, trauma atau karies. Gigi ini memang tidak terbentuk kerana gangguan gen yang terlibat dalam pembentukan gigi. Akibatnya kemungkinan terdapat ruang yang besar antara gigi dan menyebabkan gigi condong ke arah ruang tersebut. |