cyptography | kriptografi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Bidang ilmu yang melibatkan kaedah memanipulasikan kandungan data dalam mesej untuk memastikan kerahsiaan dan keutuhan mesej. Kaedah ini menggunakan mekanisme penyulitan dan penyahsulitan. Mesej diubah supaya tidak difahami dan mengelirukan pihak yang tidak patut menerimanya bagi tujuan keselamatan. |
visuoconstructive capacity | kapasiti visuokonstruktif | Perubatan | Psikiatri | Kebolehan seseorang untuk menghasilkan sesuatu dan memanipulasikan objek. |
coordinated inauthentic behavior (CIB) | kelakuan manipulatif selaras | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Taktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial. |
HDML (hierarchical data manipulation language) | HDML (bahasa manipulasi data berhierarki) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa yang digunakan untuk memanipulasikan satu rekod pada satu masa dalam pangkalan data berhierarki. |
video capture card | kad penangkapan video | Teknologi Maklumat | Tiada | Kad tambah yang membolehkan kamera video atau VCR disambung ke komputer dan memanipulasikan input video. |
crash zoom | luru pantas | Komunikasi | Tiada | Pergerakan kanta kamera yang dilakukan secara pantas semasa merakamkan sesuatu subjek. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara memanipulasikan ukuran jarak kanta pada kamera. |
grid computing | pengkomputeran grid | Teknologi Maklumat | Perisian | Pengkomputeran yang menghasilkan keupayaaan sama seperti superkomputer untuk memproses masalah besar dengan mengagihkan masalah tersebut dan memanipulasikan masa pemprosesan yang tidak digunakan oleh beberapa stesen kerja yang disambungkan dalam satu rangkaian komputer. Setiap stesen kerja akan diberikan sebahagian tugas daripada masalah besar tersebut untuk diselesaikan. Ini bermakna, pengkomputeran grid melibatkan pelbagai sistem komputer yang berada pada lokasi yang berlainan dengan menggunakan aplikasi tertentu yang menggunakan perpustakaan perisian grid dan perisian tengah. Teknologi ini banyak digunakan dalam pengkomputeran saintifik seperti penyelidikan biologi molekular dan pelbagai aplikasi perdagangan seperti e-dagang. Kelebihan pengkomputeran grid ialah setiap nod boleh digabungkan menghasilkan sumber pengkomputeran yang sama seperti superkomputer dengan kos yang murah. |
dalang | dalang | Muzik | Tiada | Individu yang memanipulasikan patung wayang kulit dan melengkapkan cerita dengan dialog serta nyanyian bagi semua watak. Dalang juga mengendalikan upacara ritual sebelum bermulanya sesuatu persembahan. |
troll farm | kumpulan hasut maya | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Kumpulan orang yang diupah untuk membuat hantaran dalam media sosial yang bersifat provokatif untuk menimbulkan konflik atau memanipulasikan pendapat awam. |