climbing plant | tumbuhan memanjat | Landskap | Tiada | Tumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat melalui struktur tertentu seperti sulur paut dan memerlukan struktur sokongan untuk membantunya memanjat. |
climbing plant | tumbuhan memanjat | Landskap | Tiada | Tumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat melalui struktur tertentu seperti sulur paut dan memerlukan struktur sokongan untuk membantunya memanjat. |
fragrant climber | tanaman memanjat harum | Landskap | Tiada | Tumbuhan berbunga harum yang tumbuh secara memanjat. |
self-clinging climber | pemanjat berpaut sendiri | Landskap | Tiada | Tumbuhan memanjat yang mempunyai bahagian khas seperti sulur paut dan duri pencakuk bagi tujuan memanjat dan membelit sokongan dengan sendiri. |
trailing climber | tumbuhan pemanjat | Landskap | Tiada | Tumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat dengan menggunakan struktur tertentu seperti tendril, pencakuk dan duri bagi membantunya memanjat. |
tendril | sulur paut | Herba | Botani dan Bioteknologi | Struktur yang terdapat pada pokok yang memanjat dan melilit. Struktur ini digunakan untuk memaut, memanjat dan melilit pada sokongan. Contohnya, sulur paut pada pokok peria (Momordica charantia) dan pokok letup-letup (Passiflora foetida). |
climbing wall | tembok panjat | Landskap | Tiada | Struktur binaan konkrit seperti benteng yang dijadikan alat memanjat semasa bersukan. Benteng batu bata yang dibina supaya pokok menjalar dapat memanjat ke atas. |
Vitis trifolia | lakum | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan memanjat dalam famili Ampelidaceae yang hidup liar di tanah terbiar, di pinggir hutan dan kadangkala hidup di kawasan pesisir pantai berbatu. Batangnya kecil dilengkapi sulur paut untuk membolehkannya memanjat. Daunnya jenis majmuk dan mengandungi tiga hingga lima anak daun. Anak daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna hijau kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bercabang. Buahnya jenis beri berbentuk bulat leper berwarna hijau berkilat semasa muda dan bertukar menjadi hitam apabila masak. Daun muda dibuat ubat demam. Air rebusannya diminum dan dibuat mandian. Jus pucuknya diminum bersama-sama air nasi untuk mengubati demam malaria. Air daunnya yang dicampurkan dengan beras dibuat mandian untuk merawat demam malaria pada peringkat panas. Air mandian yang dikenali sebagai ubat jelum juga dibuat mandian untuk mengubati demam kepialu. |
Climber | Pemanjat | Pertanian | Agronomi | Jenis tumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat sesuatu struktur seperti tiang, pokok atau pagar apabila bertemu struktur berkenaan. Contohnya, kacang panjang, petola, kacang kelisa, bunga kesidang dan rotan. Tumbuhan ini biasanya mempunyai akar, sulur atau duri yang memberinya keupayaan untuk melekat kepada struktur sokongan yang membolehkannya memanjat. |
scandent | skanden; memanjat | Biologi | Umum | Tiada |