Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mar.ta.bat.kan] | ممرتبتکن

Definisi : menjadikan sesuatu ber­martabat: banyak yg boleh dilakukan utk ~ sastera Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memartabatkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
travestytravestiKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang mempersendakan subjek yang serius atau memartabatkan secara olokan subjek yang remeh. Contoh travesti ditemui dalam karya Cervantes berjudul Don Quixote. Karya Cenvantes mempersendakan genre roman kesasteriaan, sementara karya james Joyce bertajuk Ulysses mempersendakan konsep kewiraan dalam karya Homer, Odyssey. Travesti dalam bahasa Latin bermaksud �menyamar�. Travesti dikenali juga sebagai lecehan.
modern movementgerakan modenKesenianSeni BinaGerakan falsafah yang wujud secara meluas melalui transformasi dalam masyarakat Barat pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, yang membawa bersama-sama trend dan perubahan budaya. Antara faktor yang berbentuk modenisme ialah pembangunan dalam masyarakat perindustrian moden dan pertumbuhan pesat bandar-bandar. Secara umumnya, gerakan moden termasuk aktiviti dan ciptaan yang memartabatkan bentuk seni tradisional, seni bina, sastera, kepercayaan agama, falsafah dan organisasi sosial dengan bantuan teknologi baharu.
scholarly teacherguru sarjanaPendidikanTiadaGuru yang mempunyai kelayakan akademik peringkat pascasiswazah (sarjana atau kedoktoran) yang mempunyai tahap kesarjanaan yang tinggi melalui amalan serta budaya penyelidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping berupaya mempengaruhi amalan pendidikan serta berkongsi penemuan dan pengetahuan pedagogi secara ilmiah, seterusnya mampu menggalakkan komuniti sekolah dan para ibu bapa untuk bersama-sama memartabatkan bidang pendidikan.

Kembali ke atas