patos | sentuh hiba | Kesusasteraan | Tiada | Sifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�. |
texture | tekstur | Kesenian | Tiada | 3. Sifat permukaan karya seni yang membangkitkan perasaan deria sentuh. |
demagogue | demagog | Sejarah | Tiada | Pemimpin atau pemidato zaman silam yang memberi ucapan untuk membangkitkan perasaan orang ramai dan dianggap pejuang kepentingan umum berdasarkan ucapannya yang berapi-api, biasanya golongan plebeian atau marhaen. |
sensation drama | drama sensasi | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengemukakan isu semasa yang bertujuan untuk membangkitkan perasaan berkenaan dengan sesuatu kisah sensasi. |
caffeine | kafein | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan alkaloid yang berasa pahit dan bertindak sebagai perangsang yang wujud secara semula jadi dalam kopi, teh, dan koko. Kafein meningkatkan tekanan darah, melambat dan menguatkan denyutan jantung dan meningkatkan kepekatan gula dalam darah. Pengambilan kafein berlebihan boleh membangkitkan kepekatan gula dalam darah. Pengambilan kafein berlebihan boleh membangkitkan perasaan teruja. Kafein digunakan sebagai bahan perisa dan perangsang dalam manis-manisan dan minuman. |
shi�r ?l-rith?� | shi�r ?l-rith?� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang mengandungi unsur ratapan, penderitaan dan rintihan terhadap orang yang meninggal dunia. Penulisan puisi ini menjadi kebiasaan masyarakat Arab zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, pada masa itu penulisan hanya ditujukan kepada mereka yang mati secara biasa, bukannya mati dalam peperangan. Mereka yang mati dalam peperangan tidak akan diratapi dengan shi�r ?l-rith?� kerana mereka berperang untuk mati. Pada Zaman Umaiyyah, sebelum kematian Khalifah Mu�awiah, shi�r ?l-rith?� hanya berbentuk ratapan. Namun selepas kematian Khalifah ini, shi�r ?l-rith?� mengalami perubahan ketara. Penulisan shi�r ?l-rith?� tidak terbatas kepada orang yang meninggal dunia sahaja. Malah kepada perkara lain seperti kemusnahan kota, kematian haiwan kesayangan, atau sebarang kejadian yang membangkitkan perasaan sediah dan kecewa si penyair. Tradisi ini diteruskan dalam kesusasteraan pada Zaman Abbasiah. Penyair shi�r ?l-rith?� yang terkemuka pada zaman ini ialah Abu Tammam. Dalam sastera Parsi, Farru |
provocative design | reka bentuk provokatif | Landskap | Tiada | Gubahan landskap yang membangkitkan satu perasaan positif atau negatif yang memerlukan seseorang meneliti gubahan tersebut secara terperinci. |
grand style | adigaya | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola. |